Menyediakan Facebook and Instagram by Meta
Sebelum anda boleh mula menjual di Facebook atau mencipta kempen iklan Facebook dalam Shopify, anda perlu menyediakan Facebook and Instagram by Meta.
Facebook and Instagram by Meta mempunyai satu katalog produk untuk Facebook Shop, Instagram Shopping dan Pemasaran Facebook.
Facebook and Instagram by Meta ialah saluran jualan, bukan aplikasi. Selepas anda memasangnya, saluran jualan ini muncul di bawah Saluran jualan dalam pentadbir Shopify anda, bukan dalam Tetapan > Aplikasi. Jika anda perlu mengalih keluar saluran ini, maka rujuk Urus saluran jualan.
Pada halaman ini
Pasang dan sediakan Facebook and Instagram by Meta
Langkah-langkah:
Desktop
Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Tetapan > Saluran jualan.
Klik Shopify App Store.
Jika berkenaan, log masuk untuk meneruskan ke Shopify App Store.
Daripada Shopify App Store, cari Facebook untuk mengetahui lebih lanjut tentang saluran jualan tersebut.
Klik Tambah saluran atau Tambah aplikasi.
Klik Mulakan persediaan pada ciri yang ingin anda pasang dahulu.
Klik Sambungkan akaun.
Daftar masuk ke akaun Facebook anda.
Sambungkan aset Facebook yang diperlukan untuk menyediakan ciri yang anda mahukan.
Terima terma dan syarat.
Klik Selesaikan persediaan.
Mudah alih
Daripada aplikasi Shopify, ketik ikon
.
Ketik Saluran jualan.
Daripada skrin Tambah saluran jualan, ketik Facebook.
Ketik Tambah Facebook.
Ketik Mulakan persediaan pada ciri yang ingin anda pasang dahulu.
Ketik Sambungkan akaun.
Daftar masuk ke akaun Facebook anda.
Sambungkan aset Facebook yang diperlukan untuk menyediakan ciri yang anda mahukan.
Terima terma dan syarat.
Ketik Selesaikan persediaan.
Selepas anda menyediakan ciri pada Facebook and Instagram by Meta, aset perniagaan Meta yang anda sambungkan sudah dilengkapkan untuk persediaan ciri tambahan. Beberapa aset tambahan, seperti akaun iklan, mungkin diperlukan untuk melengkapkan persediaan ciri tertentu.
Untuk mendapatkan butiran lanjut tentang menyediakan ciri Facebook and Instagram by Meta, rujuk:
- Instagram Shopping
- Facebook Shop
- Pemasaran dengan Facebook and Instagram by Meta
- Tahap perkongsian data pelanggan Facebook.
Menambahkan kakitangan pada Facebook and Instagram by Meta
Jika kakitangan menyediakan saluran tersebut dalam pentadbir Shopify mereka, maka Facebook and Instagram by Meta dipaparkan kepada semua kakitangan yang lain tetapi tidak akan terpapar sebagai disambungkan.
Jika ahli kakitangan perlu menggunakan Facebook and Instagram by Meta, mereka perlu menyambungkan Facebook and Instagram by Meta dalam pentadbir Shopify mereka dengan menggunakan akaun Facebook mereka sendiri. Akaun Facebook ahli kakitangan mestilah mempunyai kawalan penuh ke atas portfolio perniagaan dan Halaman Facebook yang dikaitkan dengan kedai Shopify agar berjaya menyambungkan Facebook and Instagram by Meta.
Membenarkan Facebook and Instagram by Meta untuk akaun Facebook anda
Apabila anda menyediakan Facebook and Instagram by Meta, anda memberikan kebenaran kepada Shopify untuk mengakses Halaman Facebook bagi perniagaan anda, berserta portfolio perniagaan. Halaman Facebook disambungkan pada akaun Facebook peribadi anda, tetapi Shopify menggunakan maklumat akaun Facebook peribadi anda hanya untuk mengakses Halaman Facebook dan portfolio perniagaan.
Memahami peranan dan kebenaran di Facebook
Di Facebook, anda memerlukan kawalan penuh untuk Halaman dan portfolio perniagaan sebelum anda boleh mengakses semua tetapan Facebook dan membuat perubahan tertentu. Halaman dan portfolio perniagaan mempunyai kebenaran akaun yang berasingan. Ini bermakna anda memerlukan kawalan penuh untuk kedua-duanya. Portfolio perniagaan yang anda pilih di Facebook and Instagram by Meta mestilah pemilik Halaman Facebook semasa suai tugas. Jika Halaman Facebook dimiliki oleh portfolio perniagaan yang lain, maka Halaman Facebook tidak disenaraikan sebagai pilihan untuk disambungkan. Jika anda tidak dapat menyambungkan Halaman Facebook yang dikehendaki, semak sama ada portfolio perniagaan yang anda sambungkan memiliki Halaman Facebook, atau cuba sambungkan portfolio perniagaan yang lain.
Anda boleh mendapati gambaran keseluruhan peranan dan kebenaran Facebook serta pautan ke sumber tambahan di Meta Business Help Center.
Bantuan tambahan daripada Meta Business Help Center
Jika anda memerlukan bantuan bagi penyelesaian masalah untuk persediaan akaun Facebook anda, semak artikel berikut daripada Meta Business Help Center:
- Untuk mengetahui lebih lanjut tentang mengurus peranan Halaman Facebook, rujuk Berikan, edit atau alih keluar akses Halaman Facebook
- Untuk mengetahui lebih lanjut tentang menukar kebenaran pada akaun pengiklanan Meta anda, rujuk Cara menambahkan orang pada akaun iklan anda dalam Meta Ads Manager.
- Untuk mengetahui lebih lanjut tentang menyediakan Pengurus Perniagaan Facebook, rujuk Buat portfolio perniagaan di Meta Business Suite dan Pengurus Perniagaan.
- Untuk mengetahui lebih lanjut tentang menambahkan kaedah pembayaran pada portfolio perniagaan, rujuk Tambahkan kaedah pembayaran dalam Meta Business Suite atau Pengurus Perniagaan.
- Untuk mengetahui lebih lanjut tentang menambahkan atau menukar had perbelanjaan untuk akaun iklan anda, rujuk Tetapkan had perbelanjaan akaun iklan.
Mesej ralat suai tugas
Apabila anda memasang Facebook and Instagram by Meta, anda mungkin mendapat mesej ralat suai tugas. Bahagian ini merangkumi butiran mesej ralat tertentu dan langkah penyelesaian yang berpotensi, tetapi anda harus terlebih dahulu menyemak pertimbangan berikut:
- Masalah anda mungkin berkaitan dengan isu yang berterusan, yang boleh anda semak dengan pergi ke halaman Status Shopify.
- Anda hanya boleh mendapatkan kelulusan daripada Meta untuk menggunakan Facebook and Instagram by Meta.
- Facebook and Instagram by Meta diselenggara oleh Meta. Oleh hal yang demikian, Shopify mempunyai cerapan terhad tentang ralat suai tugas tersebut.
- Anda mungkin dapat menyelesaikan isu anda dengan mengikut langkah penyelesaian masalah tempatan.
Semak mesej ralat berikut yang mungkin anda terima apabila anda menyediakan Facebook dan Instagram oleh Meta dalam pentadbir Shopify anda dan langkah yang boleh anda ambil untuk cuba menyelesaikan isu tersebut.
Jika anda masih memerlukan bantuan, gunakan pautan Dapatkan Sokongan dalam saluran Facebook & Instagram anda.
Mesej kelayakan dan kebenaran
Semak mesej kelayakan dan kebenaran berikut yang mungkin anda hadapi.
Permintaan Tidak Selesai. Masalah sementara berlaku apabila cuba melengkapkan permintaan anda. Sila cuba lagi kemudian
Semak dan sahkan bahawa anda mempunyai kebenaran yang betul pada Facebook, kemudian cuba lengkapkan langkah Sediakan kedai anda sekali lagi.
Akaun Facebook ini disekat. Anda tidak boleh menyediakan kedai atau katalog pada masa ini
Semak panduan Meta tentang cara Menyelesaikan masalah akaun yang disekat.
Akaun ini tidak boleh dipilih kerana akaun ini tidak mempunyai kehadiran yang kukuh di Instagram. Sila cuba lagi setelah akaun anda mempunyai lebih banyak aktiviti atau pilih akaun yang berbeza
Anda mungkin juga menerima mesej ralat berkaitan ‘Cannot connect this asset. Account presence’.
Akaun dan Halaman Facebook anda atau akaun profesional Instagram anda mestilah telah mempamerkan kebolehpercayaan, termasuk melalui kehadiran yang sahih dan kukuh. Keadaan ini juga mungkin termasuk mengekalkan pangkalan pengikut yang mencukupi. Semak panduan Instagram tentang Syarat Kelayakan Perdagangan.
Akaun ini tidak boleh dipilih kerana anda bukan pentadbir bagi akaun perniagaan ini. Sila pilih aset yang berbeza atau minta pentadbir untuk mengemaskinikan kebenaran
Semak panduan Meta tentang cara Menukar akses dan kebenaran seseorang kepada portfolio perniagaan atau aset perniagaan. Anda perlu mempunyai tahap kebenaran yang betul untuk Halaman Facebook atau akaun Instagram yang sedang anda cuba sambungkan dalam pentadbir Shopify anda.
Kedai anda tidak dapat dicipta. Akaun Instagram yang dipilih tidak layak untuk perdagangan Facebook
Semak panduan Instagram tentang Syarat Kelayakan Perdagangan untuk memastikan akaun anda layak untuk menjual di Facebook dan Instagram sebagai sebuah perniagaan.
Halaman Facebook atau akaun Instagram ini tidak boleh dipilih kerana ia dipautkan kepada kedai yang masih dalam semakan atau tidak mematuhi dasar penjual kami. Anda boleh mencuba lagi selepas anda menyemak dan menyelesaikan isu kualiti akaun
Semak panduan Meta tentang Syarat kelayakan perdagangan dan panduan Instagram tentang Syarat Kelayakan Perdagangan.
Akaun Facebook ini tidak layak untuk persediaan. Kami tidak menawarkan persediaan kedai atau katalog di rantau anda
Sahkan anda berada di salah sebuah Negara yang disokong untuk Kedai di Facebook dan Instagram.
Mesej akaun dan aset
Aset ini sudah disambungkan ke kedai lain
Anda mungkin juga menerima mesej ralat berkaitan ‘Halaman Facebook/akaun Instagram ini tidak boleh dipilih kerana ia sudah disambungkan ke kedai Shopify yang lain. Anda boleh memutuskan sambungan Halaman Facebook/akaun Instagram daripada kedai Shopify semasa dan kemudian cuba memilihnya semula’.
Sahkan sama ada anda mempunyai apa-apa kedai Shopify lain tempat Halaman Facebook atau akaun Instagram mungkin disambungkan. Jika anda tidak mengingati URL kedai bagi kedai Shopify lain yang mungkin anda miliki, anda boleh memulihkan nama dan alamat kedai anda.
Kedai Shopify anda disambungkan kepada [name]
Klik pautan hubungi kami dalam mesej ralat.
Laman web anda tidak boleh digunakan. [name].myshopify.com sedang digunakan oleh perniagaan lain. Jika anda rasa terdapat kesilapan, anda boleh meminta semakan lain
Ralat ini dipaparkan apabila domain myshopify.com anda dipautkan kepada portfolio perniagaan yang lain.
Pergi ke tetapan Pengurus Perniagaan anda dan klik ikon profil anda. Semak mana-mana portfolio perniagaan lain yang anda miliki, alih keluar domain myshopify.com jika anda mendapati domain tersebut dipautkan kepada mana-mana akaun lain dan kemudian cuba proses suai tugas sekali lagi untuk memautkan domain myshopify.com anda kepada portfolio perniagaan yang betul.
Nama Akaun Tidak Dibenarkan. Nama yang anda pilih untuk akaun Commerce Manager ini tidak sah. Sila pilih nama lain
Akaun Commerce Manager anda mungkin tidak dinamakan dengan betul. Semak panduan Meta tentang cara Mencipta akaun perdagangan dalam Commerce Manager, termasuk butiran berikut:
- Nama akaun perdagangan anda patut sepadan dengan nama awam perniagaan anda.
- Nama akaun perdagangan anda tidak boleh mengandungi apa-apa aksara khas.
- Nama akaun perdagangan anda tidak boleh mengandungi perkataan ‘facebook’, ‘ig’ atau ‘meta’.
Jika anda menamakan semula akaun perdagangan anda, cuba sambungkannya semula dalam pentadbir Shopify anda.
Mesej ralat lain
Terima kuki daripada Facebook pada pelayar ini?
Apabila anda mengklik Terima semua untuk Terima kuki daripada Facebook pada pelayar ini?, anda mungkin melihat dialog memuatkan semula. Cuba langkah penyelesaian masalah setempat.
Memuktamadkan persediaan saluran tidak selesai
Cuba langkah penyelesaian masalah setempat.
Log masuk dilumpuhkan. Untuk keselamatan akaun anda, log masuk ke Facebook daripada pelayar terbenam telah dilumpuhkan. Untuk meneruskan, muat turun dan log masuk ke aplikasi Facebook pada peranti anda dan cuba lagi
Keadaan ini berlaku apabila anda menggunakan aplikasi mudah alih Shopify untuk cuba menyambungkan akaun Facebook anda dalam saluran Facebook & Instagram kerana pengesahan log masuk Facebook tidak disokong untuk pelayar terbenam Android. Sebaliknya, gunakan pelayar mudah alih atau desktop untuk menyambungkan akaun Facebook anda dalam saluran Facebook & Instagram.
Anda belum memasang aplikasi ini
Mesej ini dan ralat Sesuatu yang tidak kena telah berlaku (Something went wrong) yang berkaitan boleh muncul apabila pengesahan antara Shopify dengan Meta tidak lengkap atau perlu ditetapkan semula. Ikuti langkah ini untuk menetapkan semula sambungan:
- Dalam pentadbir Shopify anda, pergi ke Saluran jualan dan alih keluar Facebook & Instagram.
- Dalam tetapan akaun Facebook untuk akaun yang disambungkan dengan perniagaan anda, pergi ke Penyepaduan Perniagaan dan alih keluar Shopify. Tindakan ini memaksa Meta mengeluarkan token kebenaran baharu apabila anda menyambung semula.
- Buka tetingkap pelayar peribadi atau inkognito dan daftar masuk ke satu akaun Facebook sahaja.
- Kembali ke pentadbir Shopify anda dan pasang semula saluran jualan Facebook & Instagram.
Jika langkah-langkah ini tidak menyelesaikan isu tersebut, gunakan pautan Dapatkan Sokongan dalam saluran Facebook & Instagram anda untuk menghubungi Meta secara terus.