Tambah kaedah pengesahan sandaran

Selepas anda menyediakan kaedah utama pengesahan dua langkah anda, anda boleh menyediakan satu atau berbilang kaedah pengesahan ganti sebagai sandaran. Hal ini berguna apabila kaedah pengesahan utama anda tidak tersedia.

Di samping itu, pengesah terbina dalam dan beberapa kunci keselamatan hanya boleh digunakan pada peranti khusus tempat anda menyediakan pengesahan dua langkah. Jika anda merancang untuk log masuk menggunakan berbilang peranti, maka pastikan anda menyediakan kaedah pengesahan ganti pada kaedah Kunci keselamatan atau Pengesah terbina dalam sebagai sandaran. Hal ini memastikan anda tidak terhalang daripada log masuk pada peranti lain tersebut.

Langkah-langkah:

  1. Daripada pentadbir Shopify anda, klik nama kedai anda.

  2. Klik profil anda, kemudian klik Keselamatan.

  3. Dalam bahagian Pengesahan dua langkah, klik Tambah kaedah lain.

  4. Masukkan kata laluan anda, kemudian klik Seterusnya.

  5. Daripada senarai Kaedah pengesahan, pilih salah satu pilihan yang berikut:

  6. Sediakan pengesahan dua langkah sandaran berdasarkan kaedah yang telah anda pilih.

  7. Pilihan: Sediakan kaedah sandaran yang lain menggunakan prosedur ini.

  8. Simpan kod pemulihan anda sekiranya anda tidak dapat menggunakan kaedah pengesahan utama atau sandaran anda. Pastikan anda menyimpan kod pemulihan tersebut dalam pelbagai cara, termasuk contoh yang berikut:

    • dalam fail setempat pada peranti mudah alih, tablet, komputer riba atau komputer desktop anda
    • dalam platform pengurus kata laluan, seperti LastPass atau 1Password
    • dalam lokasi storan awan yang anda gunakan
    • pada dokumen bercetak atau bertulis tangan

Lain kali anda log masuk ke pentadbir Shopify anda, anda boleh memilih kaedah pengesahan untuk digunakan.