Menterjemahkan borang anda

Secara lalai, borang dicipta dalam bahasa utama kedai anda. Jika anda telah menterjemahkan kedai anda ke bahasa lain, maka anda boleh menterjemahkan borang anda untuk membolehkan pelanggan melihat borang anda dalam bahasa yang sama dengan kedai anda.

Anda boleh menambah terjemahan apabila mencipta borang baharu atau anda boleh mengedit borang sedia ada untuk menyertakan terjemahan. Untuk menterjemah borang, anda perlu menambah dan menerbitkan bahasa pada kedai anda terlebih dahulu.

Kaedah terjemahan untuk borang

Terdapat kaedah terjemahan berbeza yang boleh anda gunakan untuk borang anda, bergantung pada keutamaan anda dan bahasa yang mahu diterjemahkan:

  • Terjemahan automatik tersedia untuk bahasa disokong tertentu, apabila bahasa utama kedai anda ialah bahasa Inggeris. Melalui terjemahan automatik, Forms menyediakan terjemahan automatik yang boleh anda tambah pada borang anda.
  • Terjemahan manual membolehkan anda menambah terjemahan anda sendiri untuk borang anda. Anda boleh mencipta terjemahan tersebut sendiri atau menggunakan alat terjemahan pihak ketiga, kemudian masukkannya ke dalam borang anda secara manual. Anda boleh menambah terjemahan bagi mana-mana bahasa yang disokong pada borang anda secara manual.

Bahasa yang disokong untuk terjemahan borang

Apabila suatu bahasa disokong untuk terjemahan automatik, Forms boleh menterjemahkan kandungan borang anda secara automatik. Jika bahasa utama kedai anda bukan bahasa Inggeris, bahasa tersebut tidak disokong untuk terjemahan automatik, atau anda lebih suka untuk menambah terjemahan anda sendiri, anda boleh menterjemahkan borang anda secara manual.

Jadual berikut memaparkan bahasa yang disokong dan kaedah terjemahannya yang tersedia. Jika suatu bahasa tidak disertakan dalam jadual, bahasa tersebut tidak boleh ditambah pada borang.

Sokongan bahasa untuk terjemahan automatik dan terjemahan manual dalam Shopify Forms
Bahasa yang disokongTerjemahan automatikTerjemahan manual
Bulgaria
Cina (Diringkaskan)
Cina (Tradisional)
Croatia
Czech
Denmark
Belanda
Finland
Perancis
Jerman
Yunani
Hindi
Hungary
Indonesia
Itali
Jepun
Korea
Lithuania
Melayu
Norway
Poland
Portugis (Brazil)
Portugis (Portugal)
Romania
Rusia
Slovakia
Slovenia
Sepanyol
Sweden
Thai
Turki
Vietnam

Menterjemah borang baharu

Jika anda mencipta borang baharu dan mahu menyertakan terjemahan, ikuti langkah untuk mencipta borang timbul atau sebaris baharu, yang merangkumi arahan untuk menambah terjemahan.

Menterjemahkan borang sedia ada

Anda boleh menambah terjemahan pada borang yang telah anda cipta dalam bahasa utama anda.

Langkah-langkah:

  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Aplikasi > Forms.

  2. Klik borang yang mahu anda edit.

  3. Dalam bahagian Bahasa borang anda, lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Jika anda telah menerbitkan bahasa tambahan pada kedai anda dan bahasa tersebut dipaparkan dalam bahagian Diterbitkan, teruskan ke langkah seterusnya.
    • Jika tiada bahasa tersedia dipaparkan dalam bahagian Diterbitkan atau Tidak diterbitkan , anda perlu menambah bahasa baharu pada kedai anda terlebih dahulu:
      1. Klik tetapan bahasa.
      2. Pada halaman Bahasa, klik Tambah bahasa.
      3. Pilih bahasa daripada menu juntai bawah, kemudian umpukkannya kepada domain.
      4. Klik Selesai.
      5. Klik <-- Forms untuk kembali ke Forms, kemudian buka borang yang mahu anda teruskan pengeditan.
  4. Bergantung pada keutamaan anda dan kaedah terjemahan yang tersedia, lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Gunakan terjemahan automatik:
      1. Klik Terjemah di sebelah bahasa yang mahu diterjemahkan. Jika anda mempunyai lebih daripada satu bahasa yang mahu diterjemahkan, anda boleh memilih Terjemah automatik semua.
      2. Klik Semak untuk pratonton terjemahan anda. Semasa semakan, anda boleh menyingkirkan atau mengedit sebarang medan yang diterjemahkan secara automatik.
      3. Klik Simpan.
    • Tambah terjemahan anda sendiri secara manual:
      1. Klik Terjemah di sebelah bahasa yang mahu diterjemahkan.
      2. Dalam setiap medan dalam lajur bahasa yang mahu diterjemahkan, tambah terjemahan anda.
      3. Klik Simpan.