Mencipta barisan produk

Kumpulan produk yang anda jual dipanggil barisan produk anda. Anda boleh memilih barisan produk anda dalam pelbagai cara. Semasa mula-mula beroperasi, sesetengah perniagaan mempunyai tema untuk mencari produk, seperti bekalan kraf kanak-kanak, aksesori untuk haiwan peliharaan atau pakaian lelaki bersaiz besar. Terdapat perniagaan yang tahu dengan tepat produk yang mahu dijual tetapi tidak tahu dari mana untuk mendapatkannya. Perniagaan lain pula mungkin masih belum tahu perkara yang mahu dijual.

Walau apa pun situasi anda pada mulanya, langkah memilih pembekal dan produk yang betul untuk dijual adalah sangat penting.

Dalam bahagian ini