Kadar Shopify Payments di Amerika Syarikat mengikut jenis kad
Jika perniagaan anda berpangkalan di Amerika Syarikat, caj Shopify Payments anda bergantung pada jenis kad yang pelanggan anda gunakan.
Pada halaman ini
Jenis kad dalam talian
Berikut ialah dua jenis kad utama yang menentukan caj untuk pesanan Shopify Payments anda:
- Standard: Merangkumi kad pengguna domestik yang dikeluarkan oleh Visa, Mastercard, Discover dan Diners Club.
- Premium: Merangkumi kad komersial, korporat atau peringkat perniagaan domestik, seperti Visa Business dan semua kad American Express domestik.
Kad pengguna
Kad pengguna ialah kad kredit dan debit yang dikeluarkan kepada individu untuk kegunaan peribadi dan dikelaskan sebagai jenis kad Standard.
Kad komersial, korporat dan perniagaan
Kad komersial, korporat dan perniagaan direka bentuk untuk perniagaan dan organisasi. Kad ini ialah kaedah pembayaran untuk perbelanjaan berkaitan perniagaan, seperti bekalan, inventori dan perbelanjaan pekerja. Kad ini dikelaskan sebagai jenis kad Premium.
Caj tambahan untuk kad antarabangsa
Jika anda memproses kad dan kaedah pembayaran antarabangsa, caj tambahan akan dikenakan ke atas kadar asas. Ketahui lebih lanjut tentang pelan dan harga.
Kad bersemuka
Jika anda menerima pembayaran secara bersemuka menggunakan Shopify POS, Tap to Pay pada Shopify Mobile dan pembaca kad Shopify, maka kadar yang berbeza dikenakan untuk transaksi ini. Kadar pembayaran bersemuka biasanya menelan kos yang lebih rendah berbanding kadar dalam talian kerana transaksi ini dianggap berisiko rendah atas faktor kehadiran fizikal kad pembayaran tersebut.
Anda boleh melihat kadar bersemuka khusus anda dalam bahagian Shopify Payments pada pentadbir Shopify anda. Ketahui lebih lanjut tentang menerima pembayaran kad secara bersemuka.
Pembayaran kad yang dimasukkan secara manual
Pembayaran kad yang dimasukkan secara manual ialah transaksi yang melibatkan anda memasukkan butiran kad pelanggan dan kemudian memproses pembayaran mereka melalui pentadbir menggunakan pesanan draf atau melalui Shopify POS.
Pembayaran yang dimasukkan secara manual tertakluk pada yuran yang lebih tinggi kerana butiran kad selalunya dikumpul melalui telefon atau melalui kaedah lain yang tidak disulitkan, lantas meningkatkan risiko penipuan.
Lihat kadar pembayaran dalam pentadbir Shopify anda
Cara anda melihat kadar pembayaran anda bergantung pada sama ada kedai anda merupakan sebahagian daripada organisasi Shopify.
Untuk kedai yang tiada dalam organisasi
Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Tetapan > Pembayaran.
Dalam bahagian Shopify Payments, klik Urus.
Klik Urus kaedah pembayaran.
Klik Lihat kadar pembayaran.
Untuk kedai dalam organisasi
Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Tetapan > Pembayaran.
Dalam bahagian Penyedia pembayaran, klik Shopify Payments.
Dalam bahagian Akaun, pilih entiti pembayaran yang anda ingin lihat kadarnya.
Klik Urus kaedah pembayaran.
Klik Lihat kadar pembayaran.
Laporan kewangan pembayaran
Laporan kewangan Pembayaran menyenaraikan transaksi pembayaran kedai anda untuk tempoh masa yang dipilih. Laporan ini juga merangkumi volum transaksi berdasarkan jenis kad. Ketahui lebih lanjut tentang laporan kewangan Pembayaran.
Lihat laporan kewangan Pembayaran
Langkah-langkah:
Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Analitis > Laporan.
Klik Kategori.
Pilih Kewangan untuk menapis laporan supaya menyertakan laporan kewangan sahaja.
Dalam lajur Nama, klik laporan Pembayaran.