Syarat akaun bank dan maklumat peribadi untuk menggunakan Shopify Payments di Gibraltar

Sebelum menggunakan Shopify Payments di Gibraltar, anda perlu memahami syarat yang dilaksanakan untuk mematuhi peraturan dan untuk mencegah jenayah kewangan. Semasa menyediakan Shopify Payments, anda dikehendaki untuk memberikan maklumat peribadi bagi pengesahan, menyerahkan jenis dokumentasi yang diterima dan memastikan serahan anda memenuhi kriteria pematuhan yang tertentu.

Syarat-syarat untuk menggunakan Shopify Payments di Gibraltar

Sebelum anda menggunakan Shopify Payments di Gibraltar, pastikan bahawa anda memenuhi syarat-syarat yang berikut:

  • Jenis perniagaan yang layak: Jenis perniagaan dan perkhidmatan tertentu tidak dibenarkan untuk menggunakan Shopify Payments. Untuk menentukan sama ada perniagaan anda layak, rujuk senarai jenis perniagaan yang dilarang untuk Gibraltar dalam Syarat Perkhidmatan Shopify Payments.
  • Syarat akaun bank: Akaun bank anda mesti memenuhi syarat-syarat yang berikut sebelum anda boleh menyambungkannya kepada Shopify Payments:
    • Akaun bank mesti dalam mata wang GBP.
    • Akaun bank mesti layak untuk pemindahan Kawasan Pembayaran Euro Tunggal (Single Euro Payments Area, SEPA).
    • Akaun bank mesti mempunyai Nombor Akaun Bank Antarabangsa (International Bank Account Number, IBAN) yang bermula dengan mana-mana kod negara yang berikut: AT, BE, BG, CH, CY, DE, DK, EE, ES, FI, FR, GB, GI, GR, HR, HU, IE, IT, LT, LU, LV, MT, NL, NO, PL, PT, RO, SE atau SI.

Jenis akaun bank yang tidak disokong

Jenis akaun bank tertentu tidak serasi dengan Shopify Payments. Jenis akaun yang berikut tidak disokong:

  • Akaun semasa yang menerima pemindahan kawat sahaja: Akaun ini tidak berfungsi dengan Shopify Payments.
  • Akaun simpanan: Akaun simpanan tidak boleh digunakan untuk pembayaran Shopify Payments.
  • Akaun mata wang fleksibel: Akaun yang menyokong berbilang mata wang secara serentak tidak disokong.
  • Perkhidmatan pemindahan wang: Perkhidmatan yang menyerupai akaun bank, seperti sesetengah platform teknologi kewangan, tidak boleh digunakan dengan Shopify Payments.

Walaupun akaun maya bukan Shopify disokong, anda mungkin mengalami lebih banyak kegagalan pembayaran dengan akaun ini.

Untuk mengesahkan sama ada akaun anda boleh menerima jenis pemindahan yang disenaraikan untuk rantau anda, hubungi bank anda.

Tujuan pengumpulan maklumat

Shopify dan rakan kongsi perbankannya dikehendaki mengumpulkan dan mengesahkan maklumat tentang anda dan perniagaan anda untuk mematuhi peraturan di Gibraltar yang direka bentuk untuk mencegah jenayah kewangan. Memandangkan peraturan dan undang-undang tempatan berkembang, anda mungkin dihubungi oleh Shopify dan rakan kongsi perbankannya untuk memberikan maklumat tambahan di sepanjang tempoh hayat akaun Shopify Payments anda.

Maklumat yang dikumpulkan digunakan untuk mengesahkan identiti perniagaan, identiti individu yang diikat dengan perniagaan dan sifat hubungan antara kedua-duanya.

Shopify tidak pernah mengeposkan dokumentasi fizikal kepada anda. Apa-apa dokumen atau komunikasi penting akan di-e-melkan atau disediakan secara digital kepada pemilik kedai dalam halaman Tetapan > Pengguna bagi pentadbir Shopify anda.

Semak Dasar Privasi Shopify untuk mengetahui cara maklumat anda dirahsiakan dan disimpan dengan selamat.

Maklumat peribadi dan perniagaan yang diperlukan untuk mengaktifkan Shopify Payments di Gibraltar

Anda mesti mengenal pasti jenis perniagaan anda dengan betul kerana perkara itu menentukan maklumat yang perlu anda berikan.

Jika anda belum mendaftar dengan mana-mana agensi kerajaan atau anda telah mendaftar tetapi menjalankan perniagaan sebagai peniaga tunggal, maka pilih jenis perniagaan Individu / Peniaga tunggal.

Jika anda telah mendaftarkan perniagaan anda dan mempunyai nombor pemerbadanan, maka pilih jenis perniagaan anda berdasarkan panduan berikut:

  • Perkongsian dengan nombor pemerbadanan, seperti LLP atau LP, mesti memilih jenis perniagaan Perkongsian diperbadankan.
  • Organisasi bukan untung dengan nombor pemerbadanan mesti memilih jenis perniagaan Bukan untung diperbadankan.
  • Semua perniagaan lain dengan nombor pemerbadanan, seperti LTD, mesti memilih jenis perniagaan Perbadanan swasta.

Jika anda mempunyai perniagaan berdaftar tetapi tidak mempunyai nombor pemerbadanan, maka pilih jenis perniagaan anda berdasarkan panduan berikut:

  • Perkongsian tanpa nombor pemerbadanan mesti memilih jenis perniagaan Perkongsian tidak diperbadankan.
  • Organisasi bukan untung dan badan amal yang tidak mempunyai nombor pemerbadanan mesti memilih jenis perniagaan Bukan untung tidak diperbadankan.

Jika anda tidak pasti jenis perniagaan untuk dipilih, maka hubungi Sokongan Shopify untuk mendapatkan bantuan dalam memilih jenis yang betul.

Individu / Peniaga tunggal

Individu ialah perniagaan pemilik tunggal yang belum mendaftar dengan kerajaan dan menjalankan perniagaan secara persendirian. Peniaga tunggal ialah perniagaan pemilik tunggal yang berdaftar dengan kerajaan di bawah maklumat peribadi mereka. Kedua-duanya ialah perniagaan yang dimiliki dan dikawal oleh seorang individu yang menetap di Gibraltar. Perniagaan ini merangkumi pekerja bebas dan pengendali perniagaan kecil yang bekerja sendiri.

Jenis perniagaan ini dilayan dengan cara yang sama dan perlu memberikan maklumat yang sama. Individu dan peniaga tunggal perlu memberikan maklumat yang berikut:

  • Nama pertama dan nama keluarga yang sah: Nama penuh sah anda sebagaimana yang dipaparkan pada dokumentasi yang dikeluarkan oleh kerajaan.
  • Tarikh lahir: Tarikh lahir anda.
  • Alamat e-mel: Alamat e-mel yang sah dan aktif.
  • Nombor telefon: Nombor telefon yang sah dan aktif.
  • Alamat kediaman di Gibraltar: Alamat rumah anda yang sepadan dengan dokumentasi anda.

Jika maklumat anda tidak dapat disahkan secara automatik, anda akan menerima permintaan untuk mengesahkan identiti anda. Jika terdapat maklumat anda yang salah, seperti nama, tarikh lahir atau alamat rumah, anda perlu mengemaskinikan maklumat akaun anda.

Jika maklumat itu betul dan anda masih menerima permintaan untuk pengesahan, anda boleh menyelesaikan permintaan itu dengan melengkapkan salah satu tugas yang berikut:

  • Sahkan identiti anda dengan mengambil swafoto menggunakan ID bergambar yang sah.
  • Muat naik dokumen bukti identiti dan bukti alamat yang berasingan dalam pentadbir Shopify anda.
    • Maklumat pada dokumen anda mesti sepadan sepenuhnya dengan maklumat yang anda masukkan pada akaun anda. Kemaskinikan maklumat akaun anda agar sepadan dengan dokumen anda jika perlu.
Perbadanan swasta (LTD)

Perbadanan swasta ialah perniagaan yang ekuitinya dibahagikan kepada unit saham, dan dimiliki oleh pemegang saham. Sesebuah perbadanan dianggap entiti sahnya yang tersendiri, yang terpisah daripada orang yang menjalankannya. Mereka biasanya juga mempunyai lembaga pengarah.

Perbadanan swasta mesti menetapkan sama ada pemilik manfaat atau eksekutif yang mempunyai kuasa membuat keputusan sebagai wakil akaun mereka. Wakil akaun perlu memberikan maklumat yang berikut:

  • Nama pertama dan nama keluarga yang sah: Nama penuh sah anda sebagaimana yang dipaparkan pada dokumentasi yang dikeluarkan oleh kerajaan.
  • Tarikh lahir: Tarikh lahir anda.
  • Alamat e-mel: Alamat e-mel yang sah dan aktif.
  • Nombor telefon: Nombor telefon yang sah dan aktif.
  • Alamat kediaman: Alamat rumah anda yang sepadan dengan dokumentasi anda.
  • Jawatan: Jawatan yang anda pegang dalam perniagaan tersebut.
  • Ekuiti: Jika berkenaan, peratusan ekuiti perniagaan yang anda miliki.

Jika maklumat anda tidak dapat disahkan secara automatik, anda akan menerima permintaan untuk mengesahkan identiti anda. Jika terdapat maklumat anda yang salah, seperti nama, tarikh lahir atau alamat rumah, anda perlu mengemaskinikan maklumat akaun anda.

Jika maklumat itu betul dan anda masih menerima permintaan untuk pengesahan, anda boleh menyelesaikan permintaan itu dengan melengkapkan salah satu tugas yang berikut:

  • Sahkan identiti anda dengan mengambil swafoto menggunakan ID bergambar yang sah.
  • Muat naik dokumen bukti identiti dan bukti alamat yang berasingan dalam pentadbir Shopify anda.
    • Maklumat pada dokumen anda mesti sepadan sepenuhnya dengan maklumat yang anda masukkan pada akaun anda. Kemaskinikan maklumat akaun anda agar sepadan dengan dokumen anda jika perlu.

Perbadanan swasta juga perlu memberikan butiran yang berikut tentang perniagaan:

  • Nama perniagaan berdaftar: Nama perniagaan yang sah seperti yang direkodkan dalam Companies House.
  • Nombor pemerbadanan: Nombor pemerbadanan perniagaan seperti yang direkodkan dalam Companies House.
  • Nombor Cukai Nilai Tambah (VAT): Nombor pendaftaran VAT anda, jika berkenaan.
  • Nombor telefon perniagaan: Nombor telefon hubungan yang aktif untuk perniagaan tersebut.
  • Alamat perniagaan: Alamat berdaftar rasmi perniagaan seperti yang direkodkan dalam Companies House.

Rakan kongsi perbankan Shopify mengesahkan maklumat anda dengan membandingkan maklumat tersebut dengan pendaftaran kerajaan di Gibraltar. Pastikan anda menggunakan huruf besar atau kecil, tanda baca dan simbol yang betul.

Jika maklumat tentang perniagaan yang anda berikan tidak dapat disahkan, maka anda mungkin perlu memberikan dokumen pengesahan perniagaan. Apabila memberikan dokumen ini, pastikan nama berdaftar, nombor pemerbadanan dan alamat perniagaan yang disenaraikan dalam akaun anda sepadan sepenuhnya dengan maklumat pada dokumen tersebut dan kemas kinikan maklumat dalam akaun anda agar sepadan dengan dokumen tersebut. Semak senarai dokumen perniagaan yang boleh diterima.

Jika anda ialah pemilik manfaat syarikat, maka anda juga perlu menyenaraikan mana-mana individu lain yang menjadi pemilik manfaat. Pastikan anda memasukkan nama, tarikh lahir dan alamat rumah mereka sepertimana yang direkodkan pada dokumen kerajaan mereka. Jika identiti mereka tidak dapat disahkan secara automatik, maka mereka mungkin perlu memberikan ID bergambar atau bukti alamat.

Pemilik yang anda berikan mesti sepadan dengan pemilik yang disenaraikan dalam pendaftaran perniagaan kerajaan anda. Jika ketidaksepadanan dikesan, anda akan diminta untuk melengkapkan proses perakuan dengan mengklik butang Tandatangan, atau memberikan dokumen bukti pemilikan. Menandatangani perakuan ialah cara terpantas untuk menyelesaikan ketidaksepadanan ini, tetapi jika anda lebih suka menyerahkan dokumen, pastikan nama pemilik yang disenaraikan pada akaun anda sepadan sepenuhnya dengan pemilik yang disenaraikan pada dokumen anda. Kemaskinikan maklumat pada akaun anda agar sepadan dengan dokumen anda, jika perlu. Jika perniagaan anda dimiliki oleh syarikat induk (sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya), tandatangani perakuan untuk melengkapkan pengesahan.

Jika perniagaan anda tiada pemilik, anda akan diminta untuk menandatangani perakuan, atau memberikan dokumen yang mengesahkan pengarah anda. Jika anda lebih suka menyerahkan dokumen, pastikan nama pengarah yang disenaraikan pada akaun anda sepadan sepenuhnya dengan pengarah yang disenaraikan pada dokumen anda. Kemaskinikan maklumat pada akaun anda agar sepadan dengan dokumen anda, jika perlu.

Perkongsian diperbadankan (LLP, LP)

Perkongsian diperbadankan ialah perniagaan yang dimiliki oleh sekurang-kurangnya dua orang rakan kongsi, yang telah mendaftar untuk aktiviti komersial dan mendapatkan nombor pemerbadanan. Perkongsian diperbadankan mempunyai ekuiti, dan perkongsian tersebut ialah entitinya yang tersendiri serta terpisah daripada pemiliknya.

Perkongsian diperbadankan mesti menetapkan pemilik atau rakan kongsi sebagai wakil akaun bagi akaun Shopify Payments mereka. Wakil akaun perlu memberikan maklumat yang berikut:

  • Nama pertama dan nama keluarga yang sah: Nama penuh sah anda sebagaimana yang dipaparkan pada dokumentasi yang dikeluarkan oleh kerajaan.
  • Tarikh lahir: Tarikh lahir anda.
  • Alamat e-mel: Alamat e-mel yang sah dan aktif.
  • Nombor telefon: Nombor telefon yang sah dan aktif.
  • Alamat kediaman: Alamat rumah anda yang sepadan dengan dokumentasi anda.
  • Jawatan: Jawatan yang anda pegang dalam perniagaan tersebut.
  • Ekuiti: Jika berkenaan, peratusan ekuiti perniagaan yang anda miliki.

Jika maklumat anda tidak dapat disahkan secara automatik, anda akan menerima permintaan untuk mengesahkan identiti anda. Jika terdapat maklumat anda yang salah, seperti nama, tarikh lahir atau alamat rumah, anda perlu mengemaskinikan maklumat akaun anda.

Jika maklumat itu betul dan anda masih menerima permintaan untuk pengesahan, anda boleh menyelesaikan permintaan itu dengan melengkapkan salah satu tugas yang berikut:

  • Sahkan identiti anda dengan mengambil swafoto menggunakan ID bergambar yang sah.
  • Muat naik dokumen bukti identiti dan bukti alamat yang berasingan dalam pentadbir Shopify anda.
    • Maklumat pada dokumen anda mesti sepadan sepenuhnya dengan maklumat yang anda masukkan pada akaun anda. Kemaskinikan maklumat akaun anda agar sepadan dengan dokumen anda jika perlu.

Perkongsian diperbadankan juga perlu memberikan butiran yang berikut tentang perniagaan:

  • Nama perniagaan berdaftar: Nama perniagaan yang sah seperti yang direkodkan dalam Companies House.
  • Nombor pemerbadanan: Nombor pemerbadanan perniagaan seperti yang direkodkan dalam Companies House.
  • Nombor Cukai Nilai Tambah (VAT): Nombor pendaftaran VAT anda, jika berkenaan.
  • Nombor telefon perniagaan: Nombor telefon hubungan yang aktif untuk perniagaan tersebut.
  • Alamat perniagaan: Alamat berdaftar rasmi perniagaan seperti yang direkodkan dalam Companies House.

Rakan kongsi perbankan Shopify mengesahkan maklumat anda dengan membandingkan maklumat tersebut dengan pendaftaran kerajaan di Gibraltar. Pastikan anda menggunakan huruf besar atau kecil, tanda baca dan simbol yang betul.

Jika maklumat tentang perniagaan yang anda berikan tidak dapat disahkan, maka anda mungkin perlu memberikan dokumen pengesahan perniagaan. Apabila memberikan dokumen ini, pastikan nama berdaftar, nombor pemerbadanan dan alamat perniagaan yang disenaraikan dalam akaun anda sepadan sepenuhnya dengan maklumat pada dokumen tersebut dan kemas kinikan maklumat dalam akaun anda agar sepadan dengan dokumen tersebut. Semak senarai dokumen perniagaan yang boleh diterima.

Jika anda merupakan pemilik atau rakan kongsi, maka anda juga perlu menyenaraikan mana-mana individu lain yang merupakan pemilik atau rakan kongsi. Pastikan anda memasukkan nama, tarikh lahir dan alamat rumah mereka sepertimana yang direkodkan pada dokumen kerajaan mereka. Jika identiti mereka tidak dapat disahkan secara automatik, maka mereka mungkin perlu memberikan ID bergambar atau bukti alamat.

Pemilik yang anda berikan mesti sepadan dengan pemilik yang disenaraikan dalam pendaftaran perniagaan kerajaan anda. Jika ketidaksepadanan dikesan, anda akan diminta untuk melengkapkan proses perakuan dengan mengklik butang Tandatangan, atau memberikan dokumen bukti pemilikan. Menandatangani perakuan ialah cara terpantas untuk menyelesaikan ketidaksepadanan ini, tetapi jika anda lebih suka menyerahkan dokumen, pastikan nama pemilik yang disenaraikan pada akaun anda sepadan sepenuhnya dengan pemilik yang disenaraikan pada dokumen anda. Kemaskinikan maklumat pada akaun anda agar sepadan dengan dokumen anda, jika perlu. Jika perniagaan anda dimiliki oleh syarikat induk (sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya), tandatangani perakuan untuk melengkapkan pengesahan.

Perkongsian tidak diperbadankan

Perkongsian tidak diperbadankan ialah perniagaan yang dimiliki oleh sekurang-kurangnya dua orang rakan kongsi, yang belum mendaftar untuk nombor pemerbadanan tetapi mempunyai perjanjian perkongsian. Pemilik dianggap sebagai entiti sah dalam kes ini, dan perniagaan itu bukanlah entiti yang berasingan.

Perkongsian tidak diperbadankan mesti menetapkan pemilik sebagai wakil akaun bagi akaun Shopify Payments mereka. Wakil akaun perlu memberikan maklumat yang berikut:

  • Nama pertama dan nama keluarga yang sah: Nama penuh sah anda sebagaimana yang dipaparkan pada dokumentasi yang dikeluarkan oleh kerajaan.
  • Tarikh lahir: Tarikh lahir anda.
  • Alamat e-mel: Alamat e-mel yang sah dan aktif.
  • Nombor telefon: Nombor telefon yang sah dan aktif.
  • Alamat kediaman: Alamat rumah anda yang sepadan dengan dokumentasi anda.
  • Jawatan: Jawatan yang anda pegang dalam perniagaan tersebut.
  • Ekuiti: Jika berkenaan, peratusan ekuiti perniagaan yang anda miliki.

Jika maklumat anda tidak dapat disahkan secara automatik, anda akan menerima permintaan untuk mengesahkan identiti anda. Jika terdapat maklumat anda yang salah, seperti nama, tarikh lahir atau alamat rumah, anda perlu mengemaskinikan maklumat akaun anda.

Jika maklumat itu betul dan anda masih menerima permintaan untuk pengesahan, anda boleh menyelesaikan permintaan itu dengan melengkapkan salah satu tugas yang berikut:

  • Sahkan identiti anda dengan mengambil swafoto menggunakan ID bergambar yang sah.
  • Muat naik dokumen bukti identiti dan bukti alamat yang berasingan dalam pentadbir Shopify anda.
    • Maklumat pada dokumen anda mesti sepadan sepenuhnya dengan maklumat yang anda masukkan pada akaun anda. Kemaskinikan maklumat akaun anda agar sepadan dengan dokumen anda jika perlu.

Perkongsian tidak diperbadankan juga perlu memberikan butiran yang berikut tentang perniagaan:

  • Nama perniagaan berdaftar: Nama perniagaan yang sah seperti yang disenaraikan pada dokumentasi.
  • Nombor Cukai Nilai Tambah (VAT): Nombor pendaftaran VAT anda, jika berkenaan.
  • Nombor telefon perniagaan: Nombor telefon hubungan yang aktif untuk perniagaan tersebut.
  • Alamat perniagaan: Alamat berdaftar rasmi perniagaan seperti yang disenaraikan pada dokumentasi.

Rakan kongsi perbankan Shopify mengesahkan maklumat anda dengan membandingkan maklumat tersebut dengan pendaftaran kerajaan di Gibraltar. Pastikan anda menggunakan huruf besar atau kecil, tanda baca dan simbol yang betul.

Jika maklumat tentang perniagaan yang anda berikan tidak dapat disahkan, maka anda mungkin perlu memberikan dokumen pengesahan perniagaan. Apabila memberikan dokumen ini, pastikan nama berdaftar dan alamat perniagaan yang disenaraikan dalam akaun anda sepadan sepenuhnya dengan maklumat pada dokumen tersebut dan kemas kinikan maklumat dalam akaun anda agar sepadan dengan dokumen tersebut. Semak senarai dokumen perniagaan yang boleh diterima.

Jika anda merupakan pemilik atau rakan kongsi, maka anda juga perlu menyenaraikan mana-mana individu lain yang merupakan pemilik atau rakan kongsi. Pastikan anda memasukkan nama, tarikh lahir dan alamat rumah mereka sepertimana yang direkodkan pada dokumen kerajaan mereka. Jika identiti mereka tidak dapat disahkan secara automatik, maka mereka mungkin perlu memberikan ID bergambar atau bukti alamat.

Pemilik yang anda berikan mesti sepadan dengan pemilik yang disenaraikan dalam pendaftaran perniagaan kerajaan anda. Jika ketidaksepadanan dikesan, anda akan diminta untuk melengkapkan proses perakuan dengan mengklik butang Tandatangan, atau memberikan dokumen bukti pemilikan. Menandatangani perakuan ialah cara terpantas untuk menyelesaikan ketidaksepadanan ini, tetapi jika anda lebih suka menyerahkan dokumen, pastikan nama pemilik yang disenaraikan pada akaun anda sepadan sepenuhnya dengan pemilik yang disenaraikan pada dokumen anda. Kemaskinikan maklumat pada akaun anda agar sepadan dengan dokumen anda, jika perlu. Jika perniagaan anda dimiliki oleh syarikat induk (sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya), tandatangani perakuan untuk melengkapkan pengesahan.

Bukan untung diperbadankan

Organisasi bukan untung (NPO) ialah entiti yang ditubuhkan untuk tujuan selain menjana keuntungan untuk pemegang sahamnya. Misi utamanya adalah untuk memberikan manfaat kepada awam atau komuniti. NPO yang diperbadankan telah mendaftar untuk tujuan komersial dan memperoleh nombor pemerbadanan.

NPO yang diperbadankan mesti menetapkan sama ada pengarah atau eksekutif dengan kuasa membuat keputusan sebagai wakil akaun mereka. Wakil akaun perlu memberikan maklumat yang berikut:

  • Nama pertama dan nama keluarga yang sah: Nama penuh sah anda sebagaimana yang dipaparkan pada dokumentasi yang dikeluarkan oleh kerajaan.
  • Tarikh lahir: Tarikh lahir anda.
  • Alamat e-mel: Alamat e-mel yang sah dan aktif.
  • Nombor telefon: Nombor telefon yang sah dan aktif.
  • Alamat kediaman: Alamat rumah anda yang sepadan dengan dokumentasi anda.
  • Jawatan: Jawatan yang anda pegang dalam perniagaan tersebut.
  • Ekuiti: Jika berkenaan, peratusan ekuiti perniagaan yang anda miliki.

Jika maklumat anda tidak dapat disahkan secara automatik, anda akan menerima permintaan untuk mengesahkan identiti anda. Jika terdapat maklumat anda yang salah, seperti nama, tarikh lahir atau alamat rumah, anda perlu mengemaskinikan maklumat akaun anda.

Jika maklumat itu betul dan anda masih menerima permintaan untuk pengesahan, anda boleh menyelesaikan permintaan itu dengan melengkapkan salah satu tugas yang berikut:

  • Sahkan identiti anda dengan mengambil swafoto menggunakan ID bergambar yang sah.
  • Muat naik dokumen bukti identiti dan bukti alamat yang berasingan dalam pentadbir Shopify anda.
    • Maklumat pada dokumen anda mesti sepadan sepenuhnya dengan maklumat yang anda masukkan pada akaun anda. Kemaskinikan maklumat akaun anda agar sepadan dengan dokumen anda jika perlu.

NPO yang diperbadankan juga perlu memberikan butiran yang berikut tentang perniagaan:

  • Nama perniagaan berdaftar: Nama perniagaan yang sah seperti yang direkodkan dalam Companies House.
  • Nombor pemerbadanan: Nombor pemerbadanan perniagaan seperti yang direkodkan dalam Companies House.
  • Nombor Cukai Nilai Tambah (VAT): Nombor pendaftaran VAT anda, jika berkenaan.
  • Nombor telefon perniagaan: Nombor telefon hubungan yang aktif untuk perniagaan tersebut.
  • Alamat perniagaan: Alamat berdaftar rasmi perniagaan seperti yang direkodkan dalam Companies House.

Rakan kongsi perbankan Shopify mengesahkan maklumat anda dengan membandingkan maklumat tersebut dengan pendaftaran kerajaan di Gibraltar. Pastikan anda menggunakan huruf besar atau kecil, tanda baca dan simbol yang betul.

Jika maklumat tentang perniagaan yang anda berikan tidak dapat disahkan, maka anda mungkin perlu memberikan dokumen pengesahan perniagaan. Apabila memberikan dokumen ini, pastikan nama berdaftar, nombor pemerbadanan dan alamat perniagaan yang disenaraikan dalam akaun anda sepadan sepenuhnya dengan maklumat pada dokumen tersebut dan kemas kinikan maklumat dalam akaun anda agar sepadan dengan dokumen tersebut. Semak senarai dokumen perniagaan yang boleh diterima.

Jika anda dalam lembaga pengarah, maka anda juga perlu menyenaraikan mana-mana individu lain yang dalam lembaga pengarah anda atau pembuat keputusan utama. Pastikan anda memasukkan nama, tarikh lahir dan alamat rumah mereka dengan tepat seperti yang direkodkan pada dokumen kerajaan mereka. Jika identiti mereka tidak dapat disahkan secara automatik, maka mereka mungkin perlu memberikan ID bergambar atau bukti alamat.

Pengarah yang anda berikan mesti sepadan dengan pengarah yang disenaraikan dalam pendaftaran perniagaan kerajaan anda. Jika ketidaksepadanan dikesan, anda akan diminta untuk melengkapkan proses perakuan dengan mengklik butang Tandatangan, atau memberikan dokumen bukti jawatan pengarah. Menandatangani perakuan ialah cara terpantas untuk menyelesaikan ketidaksepadanan ini, tetapi jika anda lebih suka menyerahkan dokumen, pastikan nama pengarah yang disenaraikan pada akaun anda sepadan sepenuhnya dengan pengarah yang disenaraikan pada dokumen anda. Kemaskinikan maklumat pada akaun anda agar sepadan dengan dokumen anda, jika perlu.

NPO yang tidak diperbadankan

Organisasi bukan untung (NPO) ialah entiti yang ditubuhkan untuk tujuan selain menjana keuntungan untuk pemegang sahamnya. Misi utamanya adalah untuk memberikan manfaat kepada awam atau komuniti. NPO yang tidak diperbadankan tidak mempunyai nombor pemerbadanan, tetapi telah berdaftar dengan mahkamah tempatan dan mempunyai status bukan untung.

NPO yang tidak diperbadankan mesti menetapkan pembuat keputusan atau penganjur utama sebagai wakil akaun mereka dan menandakan orang tersebut sebagai eksekutif. Wakil akaun perlu memberikan maklumat yang berikut:

  • Nama pertama dan nama keluarga yang sah: Nama penuh sah anda sebagaimana yang dipaparkan pada dokumentasi yang dikeluarkan oleh kerajaan.
  • Tarikh lahir: Tarikh lahir anda.
  • Alamat e-mel: Alamat e-mel yang sah dan aktif.
  • Nombor telefon: Nombor telefon yang sah dan aktif.
  • Alamat kediaman: Alamat rumah anda yang sepadan dengan dokumentasi anda.
  • Jawatan: Jawatan yang anda pegang dalam perniagaan tersebut.
  • Ekuiti: Jika berkenaan, peratusan ekuiti perniagaan yang anda miliki.

Jika maklumat anda tidak dapat disahkan secara automatik, anda akan menerima permintaan untuk mengesahkan identiti anda. Jika terdapat maklumat anda yang salah, seperti nama, tarikh lahir atau alamat rumah, anda perlu mengemaskinikan maklumat akaun anda.

Jika maklumat itu betul dan anda masih menerima permintaan untuk pengesahan, anda boleh menyelesaikan permintaan itu dengan melengkapkan salah satu tugas yang berikut:

  • Sahkan identiti anda dengan mengambil swafoto menggunakan ID bergambar yang sah.
  • Muat naik dokumen bukti identiti dan bukti alamat yang berasingan dalam pentadbir Shopify anda.
    • Maklumat pada dokumen anda mesti sepadan sepenuhnya dengan maklumat yang anda masukkan pada akaun anda. Kemaskinikan maklumat akaun anda agar sepadan dengan dokumen anda jika perlu.

NPO yang tidak diperbadankan juga perlu memberikan butiran yang berikut tentang perniagaan:

  • Nama perniagaan berdaftar: Nama perniagaan yang sah seperti yang disenaraikan pada dokumentasi.
  • Nombor Cukai Nilai Tambah (VAT): Nombor pendaftaran VAT anda, jika berkenaan.
  • Nombor telefon perniagaan: Nombor telefon hubungan yang aktif untuk perniagaan tersebut.
  • Alamat perniagaan: Alamat berdaftar rasmi perniagaan seperti yang disenaraikan pada dokumentasi.

Rakan kongsi perbankan Shopify mengesahkan maklumat anda dengan membandingkan maklumat tersebut dengan pendaftaran kerajaan di Gibraltar. Pastikan anda menggunakan huruf besar atau kecil, tanda baca dan simbol yang betul.

Jika maklumat tentang perniagaan yang anda berikan tidak dapat disahkan, maka anda mungkin perlu memberikan dokumen pengesahan perniagaan. Apabila memberikan dokumen ini, pastikan nama berdaftar dan alamat perniagaan yang disenaraikan dalam akaun anda sepadan sepenuhnya dengan maklumat pada dokumen tersebut dan kemas kinikan maklumat dalam akaun anda agar sepadan dengan dokumen tersebut. Semak senarai dokumen perniagaan yang boleh diterima.

Jika anda dalam lembaga pengarah, maka anda juga perlu menyenaraikan mana-mana individu lain yang dalam lembaga pengarah anda atau pembuat keputusan utama. Pastikan anda memasukkan nama, tarikh lahir dan alamat rumah mereka dengan tepat seperti yang direkodkan pada dokumen kerajaan mereka. Jika identiti mereka tidak dapat disahkan secara automatik, maka mereka mungkin perlu memberikan ID bergambar atau bukti alamat.

Pengarah yang anda berikan mesti sepadan dengan pengarah yang disenaraikan dalam pendaftaran perniagaan kerajaan anda. Jika ketidaksepadanan dikesan, anda akan diminta untuk melengkapkan proses perakuan dengan mengklik butang Tandatangan, atau memberikan dokumen bukti jawatan pengarah. Menandatangani perakuan ialah cara terpantas untuk menyelesaikan ketidaksepadanan ini, tetapi jika anda lebih suka menyerahkan dokumen, pastikan nama pengarah yang disenaraikan pada akaun anda sepadan sepenuhnya dengan pengarah yang disenaraikan pada dokumen anda. Kemaskinikan maklumat pada akaun anda agar sepadan dengan dokumen anda, jika perlu.

Jenis dokumen yang boleh diterima

Bahagian ini menerangkan dokumen yang boleh anda gunakan untuk mengesahkan identiti dan butiran perniagaan anda.

Dokumen pengenalan

Nama dan tarikh lahir pada akaun Shopify Payments anda mesti dikemaskinikan supaya sepadan dengan maklumat dalam dokumen pengenalan yang anda berikan. Dokumen mesti sah dan belum tamat tempoh. Dokumen yang berikut diterima sebagai bukti identiti:

  • Pasport
  • Lesen memandu
  • Kad pengenalan

Dokumen alamat

Nama dan alamat pada akaun Shopify Payments anda mesti dikemaskinikan supaya sepadan dengan maklumat dalam dokumen alamat yang anda berikan. Kad pengenalan bergambar (seperti lesen memandu) boleh diserahkan sekali sahaja sama ada sebagai dokumen pengenalan atau dokumen alamat. Jika anda telah pun menyerahkan lesen memandu anda sebagai bukti identiti, maka anda tidak boleh menggunakannya buat kali kedua sebagai bukti alamat dan anda mesti memilih dokumen yang berbeza daripada senarai.

Semua dokumen mesti menyertakan tarikh pengeluaran dalam tempoh 6 bulan yang lalu, selain dokumen dengan tarikh tamat tempoh unik. Dokumen yang berikut diterima sebagai bukti alamat:

  • Bil utiliti
  • Penyata bank
  • Lesen memandu

Dokumen pengesahan perniagaan

Dokumen yang berikut diterima untuk pengesahan perniagaan. Semua dokumen tersebut mesti menyertakan nama entiti sah, nombor pemerbadanan dan alamat perniagaan anda dengan jelas. Butiran pada akaun Shopify Payments anda mesti dikemaskinikan supaya sepadan dengan maklumat dalam dokumen yang anda berikan:

  • Dokumen Companies House
  • Sijil Pemerbadanan

Dokumen pemilikan

Dokumen yang berikut diterima sebagai bukti pemilikan atau jawatan pengarah, asalkan dokumen ini memaparkan nama entiti sah perniagaan anda, dan semua nama penuh pemilik atau pengarah perniagaan anda.

Dokumen yang boleh digunakan untuk mengesahkan pemilik:

  • Penyata Tahunan
  • Sijil Penyandang Jawatan
  • Cabutan Companies House
  • Perjanjian Perkongsian
  • Daftar Ahli

Dokumen yang boleh digunakan untuk mengesahkan pengarah:

  • Penyata Tahunan
  • Sijil Penyandang Jawatan
  • Cabutan Companies House
  • Daftar Ahli

Setiap pemilik manfaat yang disenaraikan dalam dokumentasi anda juga mesti disenaraikan dalam akaun Shopify Payments anda dan diberikan peranan sebagai Pemilik. Pemilik manfaat ditakrifkan sebagai seseorang yang memiliki 25% atau lebih daripada ekuiti perniagaan. Kemaskinikan maklumat dalam akaun anda agar sepadan dengan dokumen jika perlu.

Jika perniagaan anda tidak mempunyai apa-apa pemilik manfaat, anda akan dikehendaki untuk mengesahkan pengarah anda. Dalam kes ini, dokumen yang disenaraikan di atas untuk pengarah adalah layak. Setiap pengarah yang disenaraikan dalam dokumentasi anda juga mesti disenaraikan dalam akaun Shopify Payments anda dan diberikan peranan sebagai Pengarah. Kemaskinikan maklumat dalam akaun anda agar sepadan dengan dokumen jika perlu.

Jika perniagaan anda dimiliki oleh syarikat pemegangan, maka sila pastikan pemilik dan pengarah anda dimasukkan dengan betul terlebih dahulu, dan kemudian lengkapkan proses pengakusaksian digital dengan menekan butang Tandatangan.

Memastikan pematuhan dokumentasi

Apabila memberikan dokumen anda, pastikan dokumen tersebut memenuhi kriteria yang diperlukan. Semak garis panduan berikut untuk memastikan pematuhan:

  • Ketepatan: Pastikan maklumat pada dokumen anda sepadan dengan maklumat yang telah anda masukkan dalam akaun Shopify Payments anda. Kemaskinikan akaun anda supaya sepadan dengan dokumen anda, jika perlu.
  • Kejelasan dan kebolehbacaan: Pastikan dokumen anda jelas dan cukup besar untuk dibaca. Pastikan keseluruhan dokumen kelihatan dalam gambar.
  • Kelengkapan: Pastikan semua butiran yang diperlukan dapat dilihat pada dokumen anda. Semak jenis dokumen yang boleh diterima yang disenaraikan pada halaman ini untuk memahami butiran yang mesti disertakan pada dokumen.
  • Dokumentasi asal: Ambil gambar asal dokumen anda menggunakan kamera. Jangan fotokopi, imbas atau ambil tangkapan skrin dokumen anda. Jangan tampalkan foto dokumen ke dalam dokumen lain. Jangan ambil foto skrin komputer atau cetakan.
    • Jika dokumen anda dikeluarkan kepada anda secara digital, berikan fail PDF dengan semua halaman seperti keadaan asalnya diberikan kepada anda, tanpa sebarang perubahan.
  • Kesahan: Pastikan ID foto belum tamat tempoh dan bukti alamat baru sahaja dikeluarkan. Jika memberikan bukti pendaftaran perniagaan, perniagaan anda seharusnya masih didaftarkan secara aktif dan berstatus baik.

Penyelesaian masalah isu biasa

Sebelum menghubungi Sokongan Shopify, semak isu kemasukan biasa ini dan penyelesaiannya.

Dokumen saya ditolak.

Pastikan maklumat pada akaun anda sepadan dengan maklumat dalam dokumen yang anda serahkan dan kemaskinikan akaun anda supaya sepadan dengan dokumentasi anda jika perlu. Jika dokumen anda masih ditolak, maka rujuk kepada bahagian yang berikut pada halaman ini:

Pembayaran saya ditangguhkan selepas mengemaskinikan akaun bank saya.

Apabila anda mengemaskinikan butiran akaun bank anda dalam Shopify Payments, penahanan keselamatan automatik selama 3–5 hari perniagaan diletakkan pada pembayaran baharu. Ini ialah ciri keselamatan untuk melindungi akaun anda daripada perubahan yang tidak dibenarkan.

Sepanjang tempoh ini:

  • Sebarang pembayaran yang sudah dijadualkan pada masa kemas kini tersebut dihantar ke akaun bank anda yang sebelumnya.
  • Pembayaran baharu yang dicipta selepas kemas kini akan ditahan selama 3–5 hari perniagaan.
  • Selepas penahanan berakhir, pembayaran baharu akan mula diproses ke akaun bank anda yang telah dikemaskinikan mengikut jadual pembayaran anda.

Penangguhan ini tidak boleh dialih keluar dan terpakai pada semua perubahan akaun bank.

Maklumat perniagaan saya tidak disahkan.

Apabila memasukkan maklumat perniagaan anda, pastikan nama perniagaan, nombor pemerbadanan dan alamat anda sepadan dengan tepat seperti yang dipaparkan dalam Companies House. Hal ini termasuk:

  • Penggunaan huruf yang betul (huruf besar dan huruf kecil)
  • Tanda baca dan jarak yang betul
  • Nama perniagaan yang lengkap seperti yang didaftarkan

Rakan kongsi perbankan Shopify mengesahkan maklumat anda secara automatik dengan membandingkannya dengan pendaftaran rasmi. Walaupun perbezaan kecil boleh menyebabkan pengesahan gagal. Pastikan dokumentasi yang anda serahkan menyenaraikan nama sah, nombor pemerbadanan dan alamat perniagaan anda serta butiran ini sepadan dengan perkara yang disenaraikan pada akaun anda. Kemaskinikan akaun anda agar sepadan dengan dokumen anda, jika perlu.

Alamat saya tidak dapat disahkan secara automatik.

Bagi Shopify Payments Gibraltar, jika alamat anda tidak dapat disahkan secara automatik, anda akan diminta sama ada melengkapkan proses swafoto atau memberikan dokumen bukti alamat.

Melengkapkan proses swafoto adalah disyorkan. Individu yang memerlukan pengesahan boleh mengklik butang Swafoto dan kemudian mengambil gambar ID bergambar mereka dan gambar mereka sendiri, untuk membuat pengesahan. Anda boleh melengkapkan proses swafoto dan bukannya memberikan dokumen bukti alamat.

Jika anda lebih suka memberikan dokumen secara manual, anda boleh berbuat demikian. Dokumen bukti alamat mesti menunjukkan nama penuh dan alamat rumah anda, serta merupakan salah satu jenis dokumen yang ditunjukkan di sini. Anda juga patut memastikan perkara yang berikut:

  1. Alamat yang anda masukkan dalam akaun Shopify Payments anda sepadan dengan tepat dengan alamat pada dokumen bukti alamat anda.
  2. Kemaskinikan maklumat dalam akaun anda supaya sepadan dengan dokumen anda jika perlu.
  3. Muat naik gambar jelas dokumen bukti alamat anda.
  4. Dokumen yang sedang anda muat naik menyenaraikan nama penuh anda sendiri. Jika sebagai contoh, anda mempunyai bil utiliti atas nama orang lain, maka anda perlu memberikan dokumen yang berbeza.

Kad ID bergambar (seperti lesen memandu) boleh diserahkan hanya sekali sama ada sebagai pengesahan identiti atau pengesahan alamat. Jika anda telah menggunakan lesen memandu anda sebagai ID bergambar anda, maka pilih dokumen yang berbeza daripada senarai dokumen alamat yang diterima.

Maklumat pemilik saya tidak dapat disahkan.

Bagi Shopify Payments Gibraltar, anda dikehendaki untuk memasukkan pemilik anda supaya nama yang disenaraikan sepadan dengan pemilik yang disenaraikan untuk perniagaan anda dalam pendaftaran perniagaan kerajaan anda. Adalah disyorkan agar anda mencari maklumat pemilik anda dalam pendaftaran dan memasukkan nama betul-betul seperti yang ditunjukkan di sana. Jika anda tiada pemilik, maka anda mesti menyenaraikan semua pengarah anda pada akaun tersebut.

Jika anda telah berbuat demikian dan pemilikan atau jawatan pengarah anda masih tidak dapat disahkan, anda disyorkan untuk mengklik butang Tandatangan pada halaman pengesahan anda untuk memperakukan secara digital bahawa maklumat yang telah anda berikan adalah betul.

Jika anda lebih suka, anda boleh memberikan dokumen yang mengesahkan siapakah pemilik atau pengarah anda dan bukannya menggunakan proses perakuan. Maklumat pemilik dan pengarah yang anda masukkan pada akaun Shopify Payments anda mesti sepadan dengan maklumat pada dokumentasi yang anda muat naik. Jika pemilik atau pengarah disenaraikan pada dokumentasi anda, tetapi tidak ditambahkan ke akaun Shopify Payments anda, anda mesti menambahkan individu tersebut ke akaun anda dan memberikan peranan sebagai Pemilik atau Pengarah. Senarai jenis dokumen yang boleh anda berikan untuk mengesahkan pemilikan tersedia di sini.

Anda patut memastikan bahawa pemilik dan pengarah pada akaun anda sepadan secara 1:1 dengan dokumentasi anda. Jangan senaraikan pemilik atau pengarah tambahan yang tidak ditunjukkan pada dokumen anda.

Saya telah diminta untuk memberikan nombor pemerbadanan, tetapi saya tidak mempunyainya.

Jika anda diminta untuk memberikan nombor pemerbadanan tetapi anda tidak mempunyainya, maka anda mungkin telah disediakan sebagai jenis perniagaan yang salah.

Jika anda sedang dalam proses menyediakan akaun, maka kembali ke skrin pemilihan jenis perniagaan dan pilih Perkongsian tidak diperbadankan atau Bukan untung tidak diperbadankan, bergantung pada struktur perniagaan anda.

Jika anda telah membuat persediaan akaun dan sedang diminta memberikan nombor pemerbadanan sebagai sebahagian daripada proses pengesahan anda, maka anda boleh mengemaskinikan jenis perniagaan anda dengan pergi ke Tetapan > Umum. Klik tiga titik di sebelah butiran perniagaan anda, dan kemudian klik Edit. Jika anda menghadapi sebarang kesukaran untuk mengemaskinikan jenis perniagaan anda, maka hubungi Sokongan Shopify untuk mendapatkan bantuan.

Jika anda tidak mempunyai nombor pemerbadanan dan tiada satu pun daripada jenis perniagaan ini sepadan dengan perniagaan anda, maka pilih Individu / Peniaga Tunggal dan tetapkan pembuat keputusan utama atau pemilik sebagai wakil akaun.

Soalan lazim

Semak soalan lazim ini tentang keperluan Shopify Payments di Gibraltar.

Mengapakah anda memerlukan ID bergambar atau bukti alamat saya jika saya ialah sebuah syarikat, perkongsian atau organisasi bukan untung?

Walaupun anda berdaftar sebagai sebuah syarikat, perkongsian atau organisasi bukan untung, rakan kongsi perbankan Shopify dikehendaki oleh undang-undang kawal selia di Gibraltar untuk mengesahkan identiti orang yang dikaitkan dengan perniagaan, termasuk identiti dan lokasi mereka.

Bolehkah saya menggunakan Shopify Payments Gibraltar jika saya tidak tinggal di Gibraltar?

Jika jenis perniagaan anda ialah individu, maka anda dikehendaki untuk tinggal di Gibraltar agar layak mendapat Shopify Payments Gibraltar. Jika pada masa ini anda tidak tinggal di Gibraltar, maka anda perlu membuat akaun Shopify Payments untuk rantau tempat anda tinggal.

Kemaskinikan alamat kedai anda kepada lokasi semasa anda. Jika lokasi anda layak untuk Shopify Payments, maka anda boleh membuat akaun Shopify Payments untuk rantau tersebut sebagai gantinya.

Jika anda ialah sejenis perkongsian, syarikat atau organisasi bukan untung, maka anda tidak dikehendaki untuk tinggal secara peribadi di Gibraltar, tetapi perniagaan anda dikehendaki untuk didaftarkan di sana dan mempunyai alamat perniagaan Gibraltar. Jika anda memerlukan bantuan, maka hubungi Sokongan Shopify.

Saya ialah seorang peniaga tunggal. Bagaimanakah cara saya memasukkan maklumat perniagaan saya?

Bagi tujuan pengesahan perniagaan dan identiti, Shopify hanya diwajibkan untuk mengumpulkan dan mengesahkan maklumat peribadi pemilik jika anda ialah peniaga tunggal. Pilih jenis perniagaan Individu / Peniaga Tunggal dengan sewajarnya.

Jika anda ialah peniaga tunggal, maka jangan cuba mendaftar sebagai jenis perniagaan yang berbeza. Anda mungkin mengalami kesukaran untuk melepasi pengesahan.

Saya ialah sebuah syarikat dagangan awam di Gibraltar. Apakah jenis perniagaan yang patut saya pilih?

Pilih Perbadanan swasta. Untuk tujuan perniagaan dan pengesahan identiti, proses bagi syarikat pemilikan awam dan swasta adalah serupa. Anda boleh melangkau bahagian borang persediaan akaun yang meminta anda menambahkan pemilik. Anda tidak dikehendaki untuk menyenaraikan mana-mana pemilik manfaat, jika anda tiada.

Jika anda merupakan syarikat dagangan awam di Gibraltar, anda telah menyediakan akaun Shopify Payments, dan kini anda diminta memberikan maklumat pemilikan sebagai sebahagian daripada proses pengesahan anda, maka kemaskinikan butiran pemilikan anda untuk mencerminkan bahawa anda tiada pemilik. Alih keluar peranan Pemilik daripada sesiapa sahaja yang terdapat pada fail, sebaliknya pastikan semua pengarah anda disenaraikan pada akaun dan telah diberikan peranan Pengarah.

Anda mungkin diminta untuk mengesahkan bahawa jawatan pengarah yang disenaraikan adalah betul. Jika anda dapat mengesahkan bahawa maklumat itu kelihatan betul, maka klik butang Tandatangan untuk memperakukan secara digital maklumat yang terdapat pada fail.

Jika anda menghadapi sebarang kesukaran dengan proses ini, hubungi Sokongan Shopify untuk mendapatkan bantuan.

Akaun saya telah pun disahkan. Mengapakah saya diminta untuk memberikan maklumat baharu?

Lama-kelamaan, perubahan dan kemaskinian kawal selia pada keperluan daripada rakan kongsi kewangan Shopify mungkin memerlukan pengumpulan maklumat tambahan daripada pemegang akaun. Semakan ini membantu memastikan perkhidmatan kewangan kekal selamat dan terjamin.

Apabila perubahan ini berlaku, anda akan diberitahu melalui sepanduk atau makluman dalam pentadbir Shopify anda dan melalui e-mel yang sepadan. Anda mesti melengkapkan permintaan ini untuk terus menggunakan perkhidmatan kewangan Shopify.

Bagaimanakah cara mengemaskinikan maklumat akaun Shopify Payments saya?

Jika anda sedang diminta untuk melengkapkan pengesahan akaun, anda boleh membuat apa-apa kemas kini pada maklumat anda dari halaman pengesahan, berserta penyerahan apa-apa dokumen yang diminta.

Di luar proses pengesahan, pemilik kedai boleh mengemaskinikan butiran ini melalui Tetapan > Umum > Butiran Perniagaan. Klik tiga titik di sebelah entiti perniagaan anda dan kemudian klik Edit untuk mengemaskinikan maklumat perniagaan tersebut, termasuk jenis perniagaan.

Ambil perhatian bahawa apa-apa perubahan yang anda buat di sini akan dihantar secara automatik kepada rakan kongsi perbankan kami untuk disemak, dan maklumat baharu akan dijalankan semula melalui proses pengesahan mereka. Perubahan tersebut mungkin disahkan semula secara automatik, tetapi anda mungkin juga diminta untuk memberikan dokumen sokongan.

Apakah yang berlaku jika saya terlepas tarikh akhir pengesahan saya?

Pembayaran anda akan dijeda sementara sehingga prosedur pengesahan selesai. Selepas tarikh akhir pertama tiba dan pembayaran dijeda sementara, anda mungkin melihat tarikh akhir kedua yang menunjukkan masa keupayaan anda untuk menerima pesanan dengan Shopify Payments akan dijeda sementara.

Semua jeda ini adalah sementara dan ditarik balik secara automatik selepas anda melengkapkan pengesahan. Rujuk halaman pentadbir anda untuk mengetahui tarikh akhir anda.

Bermula pada bulan Jun 2026, akaun Shopify Payments Gibraltar yang baharu mempunyai tempoh 90 hari dari pesanan pertama yang diproses untuk melengkapkan pengesahan. Jika tempoh 90 hari berlalu, maka mana-mana pesanan yang anda proses menggunakan Shopify Payments mungkin akan dibayar balik secara automatik.

Dasar bayaran balik ini hanya terpakai kepada negara Eropah, dan hanya untuk akaun baharu yang dicipta pada atau selepas bulan Jun 2026. Jika dasar bayaran balik ini terpakai kepada anda, maka amaran akan memberitahu pemilik kedai masa mereka boleh menjangkakan bayaran balik untuk diproses.

Sebelum anda menghubungi Sokongan Shopify mengenai Shopify Payments di Gibraltar

Sebelum mula menghubungi Sokongan Shopify, kumpulkan maklumat ini untuk membantu menyelesaikan isu anda dengan lebih pantas:

  • Tangkapan skrin bagi apa-apa mesej ralat yang anda terima (tapis maklumat sensitif seperti nombor akaun bank)
  • Jenis perniagaan yang anda pilih semasa persediaan
  • Nombor pemerbadanan anda, jika berkenaan
  • Langkah khusus berlakunya isu tersebut
  • Pelayar dan peranti yang sedang anda gunakan
  • Butiran akaun bank anda (kod negara IBAN, jenis akaun, mata wang) tanpa berkongsi nombor akaun penuh
  • Apa-apa dokumen yang telah anda muat naik dan masa anda memuat naik dokumen tersebut

Menyediakan maklumat ini lebih awal dapat membantu Sokongan Shopify memberikan bantuan kepada anda dengan lebih cekap.