Keperluan akaun bank dan maklumat peribadi untuk Shopify Payments di Finland
Sebelum menggunakan Shopify Payments di Finland, anda perlu memahami keperluan yang ditetapkan untuk mematuhi peraturan dan mencegah jenayah kewangan. Artikel ini menerangkan sebab maklumat peribadi dikumpulkan, jenis dokumentasi yang diterima serta memberikan panduan untuk memastikan bahawa dokumentasi anda memenuhi kriteria yang diperlukan.
Pada halaman ini
- Keperluan untuk menggunakan Shopify Payments di Finland
- Tujuan mengumpulkan maklumat
- Maklumat peribadi dan perniagaan yang diperlukan untuk mengaktifkan Shopify Payments di Finland
- Jenis dokumen yang diterima
- Memastikan pematuhan dokumentasi
- Menyelesaikan masalah lazim
- Soalan lazim
- Sebelum anda menghubungi Sokongan Shopify mengenai Shopify Payments di Finland
Keperluan untuk menggunakan Shopify Payments di Finland
Sebelum anda menggunakan Shopify Payments di Finland, pastikan anda memenuhi keperluan yang berikut:
- Jenis perniagaan yang layak: Jenis perniagaan dan perkhidmatan tertentu tidak dibenarkan menggunakan Shopify Payments. Untuk menentukan sama ada perniagaan anda layak, rujuk senarai jenis perniagaan yang dilarang bagi Finland dalam Terma Perkhidmatan Shopify Payments.
- Keperluan akaun bank: Akaun bank anda mesti memenuhi keperluan yang berikut sebelum anda boleh menyambungkannya kepada Shopify Payments:
- Akaun bank mesti dalam mata wang EUR.
- Akaun bank tersebut mesti layak untuk pemindahan Kawasan Pembayaran Euro Tunggal (SEPA).
- Akaun bank tersebut mesti mempunyai Nombor Akaun Bank Antarabangsa (IBAN) yang bermula dengan mana-mana kod negara yang berikut: AT, BE, BG, CH, CY, DE, DK, EE, ES, FI, FR, GB, GI, GR, HR, HU, IE, IT, LT, LU, LV, MT, NL, NO, PL, PT, RO, SE atau SI.
Jenis akaun bank yang tidak disokong
Jenis akaun bank tertentu tidak serasi dengan Shopify Payments. Jenis akaun yang berikut tidak disokong:
- Akaun semasa yang hanya menerima pindahan kawat: Akaun ini tidak berfungsi dengan Shopify Payments.
- Akaun simpanan: Akaun simpanan tidak boleh digunakan untuk pembayaran Shopify Payments.
- Akaun mata wang fleksibel: Akaun yang menyokong berbilang mata wang pada masa yang sama tidak disokong.
- Perkhidmatan pemindahan wang: Perkhidmatan yang menyerupai akaun bank, seperti sesetengah platform teknologi kewangan (fintech), tidak boleh digunakan dengan Shopify Payments.
Walaupun akaun maya bukan Shopify disokong, anda mungkin mengalami lebih banyak kegagalan pembayaran dengan akaun ini.
Untuk mengesahkan sama ada akaun anda boleh menerima jenis pemindahan yang disenaraikan bagi rantau anda, hubungi bank anda.
Tujuan mengumpulkan maklumat
Shopify dan rakan kongsi perbankannya dikehendaki mengumpulkan dan mengesahkan maklumat tentang anda dan perniagaan anda untuk mematuhi peraturan di Finland yang direka bentuk untuk mencegah jenayah kewangan. Memandangkan peraturan dan undang-undang tempatan berkembang, anda mungkin dihubungi oleh Shopify dan rakan kongsi perbankannya untuk memberikan maklumat tambahan di sepanjang tempoh hayat akaun Shopify Payments anda.
Maklumat yang dikumpulkan digunakan untuk mengesahkan identiti perniagaan, identiti individu yang berkaitan dengan perniagaan serta bentuk hubungan antara kedua-duanya.
Shopify tidak pernah mengeposkan dokumentasi fizikal kepada anda. Apa-apa dokumen atau komunikasi penting akan di-e-melkan atau disediakan secara digital kepada pemilik kedai dalam halaman Tetapan > Pengguna bagi pentadbir Shopify anda.
Semak Dasar Privasi Shopify untuk mengetahui tentang cara maklumat anda kekal sulit dan selamat.
Maklumat peribadi dan perniagaan yang diperlukan untuk mengaktifkan Shopify Payments di Finland
Anda mesti mengenal pasti jenis perniagaan anda dengan betul kerana ciri ini menentukan maklumat yang perlu anda berikan.
Jika anda belum mendaftar dengan mana-mana agensi kerajaan atau anda telah mendaftar tetapi menjalankan perniagaan sebagai pedagang persendirian (termasuk toiminimi, peniaga tunggal, pemilik tunggal dan bekerja sendiri), maka pilih jenis perniagaan Individu / Pedagang persendirian.
Jika anda telah mendaftarkan perniagaan anda dan mempunyai nombor ID Perniagaan (Y-tunnus), maka pilih jenis perniagaan anda berdasarkan panduan yang berikut:
- Perkongsian dengan nombor ID Perniagaan, seperti Ay, Ky atau Osuuskunta, mesti memilih jenis perniagaan Perkongsian berdaftar.
- Organisasi bukan untung dengan nombor ID Perniagaan mesti memilih jenis perniagaan Bukan untung diperbadankan.
- Semua perniagaan lain yang mempunyai nombor ID Perniagaan, seperti Oy atau Osk, mesti memilih jenis perniagaan Perbadanan swasta.
Jika anda mempunyai perniagaan berdaftar, tetapi tidak mempunyai nombor ID Perniagaan, maka pilih jenis perniagaan anda berdasarkan panduan yang berikut:
- Perkongsian tanpa nombor ID Perniagaan mesti memilih jenis perniagaan Perkongsian tidak berdaftar.
- Organisasi bukan untung dan badan amal yang tidak mempunyai nombor ID Perniagaan mesti memilih jenis perniagaan Bukan untung tidak diperbadankan.
Jika anda tidak pasti jenis perniagaan yang patut dipilih, maka hubungi Sokongan Shopify untuk mendapatkan bantuan dengan memilih jenis yang betul.
Individu / Pedagang persendirian
Individu ialah perniagaan pemilik tunggal yang belum mendaftar dengan kerajaan dan menjalankan perniagaan secara persendirian. Pedagang persendirian ialah perniagaan pemilik tunggal yang berdaftar dengan kerajaan menggunakan maklumat peribadi mereka. Kedua-duanya ialah perniagaan yang dimiliki dan dikawal oleh satu individu yang tinggal di Finland. Ini termasuklah pekerja bebas dan pengendali perniagaan kecil yang bekerja sendiri.
Jenis perniagaan ini dilayan dengan cara yang sama dan perlu memberikan maklumat yang sama. Individu dan pedagang persendirian perlu memberikan:
- Nama pertama dan nama akhir yang sah: Nama sah penuh anda seperti yang dipaparkan pada dokumentasi keluaran kerajaan.
- Tarikh lahir: Tarikh lahir anda.
- Alamat e-mel: Alamat e-mel yang sah dan aktif.
- Nombor telefon: Nombor telefon yang sah dan aktif.
- Alamat kediaman di Finland: Alamat rumah anda yang sepadan dengan dokumentasi anda.
Jika maklumat anda tidak dapat disahkan secara automatik, maka anda akan menerima permintaan untuk mengesahkan identiti anda. Jika mana-mana maklumat anda seperti nama, tarikh lahir atau alamat rumah anda tidak betul, maka anda patut mengemaskinikan maklumat akaun anda.
Jika maklumat itu betul dan anda masih menerima permintaan untuk pengesahan, maka anda boleh menyelesaikan permintaan itu dengan melengkapkan salah satu tugas yang berikut:
- Sahkan identiti anda dengan mengambil swafoto menggunakan ID bergambar yang sah.
- Muat naik dokumen bukti identiti dan bukti alamat secara berasingan dalam pentadbir Shopify anda.
- Maklumat pada dokumen anda mestilah betul-betul sepadan dengan perkara yang anda masukkan pada akaun anda. Kemaskinikan maklumat akaun anda agar sepadan dengan dokumen anda jika perlu.
Perbadanan persendirian (Oy, Osk)
Perbadanan persendirian ialah perniagaan yang ekuitinya dibahagikan kepada saham yang dimiliki oleh pemegang saham. Perbadanan dianggap sebagai entiti undang-undang tersendiri yang berasingan daripada orang yang menjalankannya. Mereka biasanya juga mempunyai lembaga pengarah.
Perbadanan persendirian mesti menetapkan sama ada pemilik manfaat atau eksekutif yang mempunyai kuasa membuat keputusan sebagai wakil akaun mereka. Wakil akaun perlu memberikan maklumat yang berikut:
- Nama pertama dan nama akhir yang sah: Nama sah penuh anda seperti yang dipaparkan pada dokumentasi keluaran kerajaan.
- Tarikh lahir: Tarikh lahir anda.
- Alamat e-mel: Alamat e-mel yang sah dan aktif.
- Nombor telefon: Nombor telefon yang sah dan aktif.
- Alamat kediaman: Alamat rumah anda yang sepadan dengan dokumentasi anda.
- Jawatan: Jawatan yang anda sandang dalam perniagaan.
- Ekuiti: Jika berkenaan, peratusan ekuiti perniagaan yang anda miliki.
Jika maklumat anda tidak dapat disahkan secara automatik, maka anda akan menerima permintaan untuk mengesahkan identiti anda. Jika mana-mana maklumat anda seperti nama, tarikh lahir atau alamat rumah anda tidak betul, maka anda patut mengemaskinikan maklumat akaun anda.
Jika maklumat itu betul dan anda masih menerima permintaan untuk pengesahan, maka anda boleh menyelesaikan permintaan itu dengan melengkapkan salah satu tugas yang berikut:
- Sahkan identiti anda dengan mengambil swafoto menggunakan ID bergambar yang sah.
- Muat naik dokumen bukti identiti dan bukti alamat secara berasingan dalam pentadbir Shopify anda.
- Maklumat pada dokumen anda mestilah betul-betul sepadan dengan perkara yang anda masukkan pada akaun anda. Kemaskinikan maklumat akaun anda agar sepadan dengan dokumen anda jika perlu.
Perbadanan persendirian juga perlu memberikan butiran yang berikut tentang perniagaan:
- Nama perniagaan berdaftar: Nama perniagaan yang sah seperti yang ditunjukkan dalam pendaftaran perniagaan kerajaan.
- Nombor ID perniagaan (Y-tunnus): Nombor ID perniagaan seperti yang ditunjukkan dalam pendaftaran perniagaan kerajaan.
- Nombor Cukai Nilai Tambah (VAT): Nombor pendaftaran VAT anda, jika berkenaan.
- Nombor telefon perniagaan: Nombor telefon hubungan yang aktif untuk perniagaan.
- Alamat perniagaan: Alamat perniagaan yang berdaftar secara rasmi seperti yang ditunjukkan dalam pendaftaran perniagaan kerajaan.
Rakan kongsi perbankan Shopify mengesahkan maklumat anda dengan membandingkannya dengan pendaftaran kerajaan di Finland. Pastikan anda menggunakan huruf besar atau kecil, tanda baca dan simbol yang betul.
Jika maklumat yang anda berikan tentang perniagaan tidak dapat disahkan, maka anda mungkin perlu memberikan dokumen pengesahan perniagaan. Semasa memberikan dokumen ini, pastikan nama berdaftar, nombor ID Perniagaan dan alamat perniagaan yang disenaraikan dalam akaun anda sepadan sepenuhnya dengan maklumat pada dokumen tersebut dan kemaskinikan maklumat dalam akaun anda supaya sepadan dengan dokumen tersebut. Semak senarai dokumen perniagaan yang boleh diterima.
Jika anda ialah pemilik manfaat syarikat, maka anda juga perlu menyenaraikan mana-mana orang lain yang merupakan pemilik manfaat. Pastikan anda memasukkan nama, tarikh lahir dan alamat rumah mereka dengan tepat seperti yang ditunjukkan pada dokumen kerajaan mereka. Jika identiti mereka tidak dapat disahkan secara automatik, maka mereka mungkin perlu memberikan ID bergambar atau bukti alamat.
Pemilik yang anda berikan mestilah sepadan dengan pemilik yang disenaraikan dalam pendaftaran perniagaan kerajaan anda. Jika ketidaksepadanan dikesan, maka anda akan diminta untuk sama ada melengkapkan proses perakuan dengan mengklik butang Tandatangan, atau memberikan dokumen bukti pemilikan. Menandatangani perakuan tersebut ialah cara yang paling pantas untuk menyelesaikan ketidaksepadanan ini, tetapi jika anda lebih suka menyerahkan dokumen, pastikan nama pemilik yang disenaraikan pada akaun anda betul-betul sepadan dengan pemilik yang disenaraikan pada dokumen anda. Kemaskinikan maklumat pada akaun anda agar sepadan dengan dokumen anda, jika perlu. Jika perniagaan anda dimiliki oleh syarikat pemegangan (sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya), maka tandatangan perakuan tersebut untuk melengkapkan pengesahan.
Jika perniagaan anda tidak mempunyai pemilik, maka anda akan diminta untuk sama ada menandatangani perakuan, atau sebaliknya memberikan dokumen yang mengesahkan pengarah anda. Jika anda lebih suka menyerahkan dokumen, pastikan nama pengarah yang disenaraikan pada akaun anda betul-betul sepadan dengan pengarah yang disenaraikan pada dokumen anda. Kemaskinikan maklumat pada akaun anda agar sepadan dengan dokumen anda, jika perlu.
Perkongsian berdaftar (Ay, Ky, Osuuskunta)
Perkongsian berdaftar ialah perniagaan yang dimiliki oleh sekurang-kurangnya dua rakan kongsi, yang telah mendaftar untuk aktiviti komersial dan mendapatkan nombor ID Perniagaan. Perkongsian berdaftar mempunyai ekuiti dan perkongsian tersebut merupakan entiti tersendiri yang berasingan daripada pemiliknya.
Perkongsian berdaftar mesti menetapkan pemilik atau rakan kongsi sebagai wakil akaun bagi akaun Shopify Payments mereka. Wakil akaun perlu memberikan maklumat yang berikut:
- Nama pertama dan nama akhir yang sah: Nama sah penuh anda seperti yang dipaparkan pada dokumentasi keluaran kerajaan.
- Tarikh lahir: Tarikh lahir anda.
- Alamat e-mel: Alamat e-mel yang sah dan aktif.
- Nombor telefon: Nombor telefon yang sah dan aktif.
- Alamat kediaman: Alamat rumah anda yang sepadan dengan dokumentasi anda.
- Jawatan: Jawatan yang anda sandang dalam perniagaan.
- Ekuiti: Jika berkenaan, peratusan ekuiti perniagaan yang anda miliki.
Jika maklumat anda tidak dapat disahkan secara automatik, maka anda akan menerima permintaan untuk mengesahkan identiti anda. Jika mana-mana maklumat anda seperti nama, tarikh lahir atau alamat rumah anda tidak betul, maka anda patut mengemaskinikan maklumat akaun anda.
Jika maklumat itu betul dan anda masih menerima permintaan untuk pengesahan, maka anda boleh menyelesaikan permintaan itu dengan melengkapkan salah satu tugas yang berikut:
- Sahkan identiti anda dengan mengambil swafoto menggunakan ID bergambar yang sah.
- Muat naik dokumen bukti identiti dan bukti alamat secara berasingan dalam pentadbir Shopify anda.
- Maklumat pada dokumen anda mestilah betul-betul sepadan dengan perkara yang anda masukkan pada akaun anda. Kemaskinikan maklumat akaun anda agar sepadan dengan dokumen anda jika perlu.
Perkongsian berdaftar juga perlu memberikan butiran yang berikut tentang perniagaan:
- Nama perniagaan berdaftar: Nama perniagaan yang sah seperti yang ditunjukkan dalam pendaftaran mahkamah komersial.
- Nombor ID perniagaan (Y-tunnus): Nombor ID perniagaan seperti yang ditunjukkan dalam pendaftaran mahkamah komersial.
- Nombor Cukai Nilai Tambah (VAT): Nombor pendaftaran VAT anda, jika berkenaan.
- Nombor telefon perniagaan: Nombor telefon hubungan yang aktif untuk perniagaan.
- Alamat perniagaan: Alamat perniagaan yang berdaftar secara rasmi seperti yang ditunjukkan dalam pendaftaran mahkamah komersial.
Rakan kongsi perbankan Shopify mengesahkan maklumat anda dengan membandingkannya dengan pendaftaran kerajaan di Finland. Pastikan anda menggunakan huruf besar atau kecil, tanda baca dan simbol yang betul.
Jika maklumat yang anda berikan tentang perniagaan tidak dapat disahkan, maka anda mungkin perlu memberikan dokumen pengesahan perniagaan. Semasa memberikan dokumen ini, pastikan nama berdaftar, nombor ID Perniagaan dan alamat perniagaan yang disenaraikan dalam akaun anda sepadan sepenuhnya dengan maklumat pada dokumen tersebut dan kemaskinikan maklumat dalam akaun anda supaya sepadan dengan dokumen tersebut. Semak senarai dokumen perniagaan yang boleh diterima.
Jika anda ialah pemilik atau rakan kongsi, maka anda juga perlu menyenaraikan mana-mana orang lain yang merupakan pemilik dan/atau rakan kongsi. Pastikan anda memasukkan nama, tarikh lahir dan alamat rumah mereka dengan tepat seperti yang ditunjukkan pada dokumen kerajaan mereka. Jika identiti mereka tidak dapat disahkan secara automatik, maka mereka mungkin perlu memberikan ID bergambar atau bukti alamat.
Pemilik yang anda berikan mestilah sepadan dengan pemilik yang disenaraikan dalam pendaftaran perniagaan kerajaan anda. Jika ketidaksepadanan dikesan, maka anda akan diminta untuk sama ada melengkapkan proses perakuan dengan mengklik butang Tandatangan, atau memberikan dokumen bukti pemilikan. Menandatangani perakuan tersebut ialah cara yang paling pantas untuk menyelesaikan ketidaksepadanan ini, tetapi jika anda lebih suka menyerahkan dokumen, pastikan nama pemilik yang disenaraikan pada akaun anda betul-betul sepadan dengan pemilik yang disenaraikan pada dokumen anda. Kemaskinikan maklumat pada akaun anda agar sepadan dengan dokumen anda, jika perlu. Jika perniagaan anda dimiliki oleh syarikat pemegangan (sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya), maka tandatangan perakuan tersebut untuk melengkapkan pengesahan.
Perkongsian tidak berdaftar
Perkongsian tidak berdaftar ialah perniagaan yang dimiliki oleh sekurang-kurangnya dua rakan kongsi, yang belum mendaftar untuk mendapatkan nombor ID Perniagaan, tetapi mereka mempunyai perjanjian perkongsian. Pemilik dianggap sebagai entiti undang-undang dalam hal ini dan perniagaan itu bukanlah entiti yang berasingan.
Perkongsian tidak berdaftar mesti menetapkan pemilik sebagai wakil akaun bagi akaun Shopify Payments mereka. Wakil akaun perlu memberikan maklumat yang berikut:
- Nama pertama dan nama akhir yang sah: Nama sah penuh anda seperti yang dipaparkan pada dokumentasi keluaran kerajaan.
- Tarikh lahir: Tarikh lahir anda.
- Alamat e-mel: Alamat e-mel yang sah dan aktif.
- Nombor telefon: Nombor telefon yang sah dan aktif.
- Alamat kediaman: Alamat rumah anda yang sepadan dengan dokumentasi anda.
- Jawatan: Jawatan yang anda sandang dalam perniagaan.
- Ekuiti: Jika berkenaan, peratusan ekuiti perniagaan yang anda miliki.
Jika maklumat anda tidak dapat disahkan secara automatik, maka anda akan menerima permintaan untuk mengesahkan identiti anda. Jika mana-mana maklumat anda seperti nama, tarikh lahir atau alamat rumah anda tidak betul, maka anda patut mengemaskinikan maklumat akaun anda.
Jika maklumat itu betul dan anda masih menerima permintaan untuk pengesahan, maka anda boleh menyelesaikan permintaan itu dengan melengkapkan salah satu tugas yang berikut:
- Sahkan identiti anda dengan mengambil swafoto menggunakan ID bergambar yang sah.
- Muat naik dokumen bukti identiti dan bukti alamat secara berasingan dalam pentadbir Shopify anda.
- Maklumat pada dokumen anda mestilah betul-betul sepadan dengan perkara yang anda masukkan pada akaun anda. Kemaskinikan maklumat akaun anda agar sepadan dengan dokumen anda jika perlu.
Perkongsian tidak berdaftar juga perlu memberikan butiran yang berikut tentang perniagaan:
- Nama perniagaan berdaftar: Nama perniagaan yang sah seperti yang ditunjukkan pada dokumentasi.
- Nombor Cukai Nilai Tambah (VAT): Nombor pendaftaran VAT anda, jika berkenaan.
- Nombor telefon perniagaan: Nombor telefon hubungan yang aktif untuk perniagaan.
- Alamat perniagaan: Alamat perniagaan yang berdaftar secara rasmi seperti yang ditunjukkan pada dokumentasi.
Rakan kongsi perbankan Shopify mengesahkan maklumat anda dengan membandingkannya dengan pendaftaran kerajaan di Finland. Pastikan anda menggunakan huruf besar atau kecil, tanda baca dan simbol yang betul.
Jika maklumat yang anda berikan tentang perniagaan tidak dapat disahkan, maka anda mungkin perlu memberikan dokumen pengesahan perniagaan. Semasa memberikan dokumen ini, pastikan nama berdaftar dan alamat perniagaan yang disenaraikan dalam akaun anda sepadan sepenuhnya dengan maklumat pada dokumen tersebut dan kemaskinikan maklumat dalam akaun anda supaya sepadan dengan dokumen tersebut. Semak senarai dokumen perniagaan yang boleh diterima.
Jika anda ialah pemilik atau rakan kongsi, maka anda juga perlu menyenaraikan mana-mana orang lain yang merupakan pemilik dan/atau rakan kongsi. Pastikan anda memasukkan nama, tarikh lahir dan alamat rumah mereka dengan tepat seperti yang ditunjukkan pada dokumen kerajaan mereka. Jika identiti mereka tidak dapat disahkan secara automatik, maka mereka mungkin perlu memberikan ID bergambar atau bukti alamat.
Pemilik yang anda berikan mestilah sepadan dengan pemilik yang disenaraikan dalam pendaftaran perniagaan kerajaan anda. Jika ketidaksepadanan dikesan, maka anda akan diminta untuk sama ada melengkapkan proses perakuan dengan mengklik butang Tandatangan, atau memberikan dokumen bukti pemilikan. Menandatangani perakuan tersebut ialah cara yang paling pantas untuk menyelesaikan ketidaksepadanan ini, tetapi jika anda lebih suka menyerahkan dokumen, pastikan nama pemilik yang disenaraikan pada akaun anda betul-betul sepadan dengan pemilik yang disenaraikan pada dokumen anda. Kemaskinikan maklumat pada akaun anda agar sepadan dengan dokumen anda, jika perlu. Jika perniagaan anda dimiliki oleh syarikat pemegangan (sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya), maka tandatangan perakuan tersebut untuk melengkapkan pengesahan.
Organisasi bukan keuntungan diperbadankan
Organisasi bukan keuntungan (NPO) ialah entiti yang ditubuhkan untuk tujuan selain menjana keuntungan bagi pemegang sahamnya. Misi utamanya adalah untuk memberikan manfaat kepada awam atau komuniti. Organisasi bukan keuntungan diperbadankan telah mendaftar untuk tujuan komersial dan mendapatkan nombor ID Perniagaan.
Organisasi bukan keuntungan diperbadankan mesti menetapkan sama ada pengarah atau eksekutif yang mempunyai kuasa membuat keputusan sebagai wakil akaun mereka. Wakil akaun perlu memberikan maklumat yang berikut:
- Nama pertama dan nama akhir yang sah: Nama sah penuh anda seperti yang dipaparkan pada dokumentasi keluaran kerajaan.
- Tarikh lahir: Tarikh lahir anda.
- Alamat e-mel: Alamat e-mel yang sah dan aktif.
- Nombor telefon: Nombor telefon yang sah dan aktif.
- Alamat kediaman: Alamat rumah anda yang sepadan dengan dokumentasi anda.
- Jawatan: Jawatan yang anda sandang dalam perniagaan.
- Ekuiti: Jika berkenaan, peratusan ekuiti perniagaan yang anda miliki.
Jika maklumat anda tidak dapat disahkan secara automatik, maka anda akan menerima permintaan untuk mengesahkan identiti anda. Jika mana-mana maklumat anda seperti nama, tarikh lahir atau alamat rumah anda tidak betul, maka anda patut mengemaskinikan maklumat akaun anda.
Jika maklumat itu betul dan anda masih menerima permintaan untuk pengesahan, maka anda boleh menyelesaikan permintaan itu dengan melengkapkan salah satu tugas yang berikut:
- Sahkan identiti anda dengan mengambil swafoto menggunakan ID bergambar yang sah.
- Muat naik dokumen bukti identiti dan bukti alamat secara berasingan dalam pentadbir Shopify anda.
- Maklumat pada dokumen anda mestilah betul-betul sepadan dengan perkara yang anda masukkan pada akaun anda. Kemaskinikan maklumat akaun anda agar sepadan dengan dokumen anda jika perlu.
Organisasi bukan keuntungan diperbadankan juga perlu memberikan butiran yang berikut tentang perniagaan:
- Nama perniagaan berdaftar: Nama perniagaan yang sah seperti yang ditunjukkan dalam pendaftaran mahkamah komersial.
- Nombor ID perniagaan (Y-tunnus): Nombor ID perniagaan seperti yang ditunjukkan dalam pendaftaran mahkamah komersial.
- Nombor Cukai Nilai Tambah (VAT): Nombor pendaftaran VAT anda, jika berkenaan.
- Nombor telefon perniagaan: Nombor telefon hubungan yang aktif untuk perniagaan.
- Alamat perniagaan: Alamat perniagaan yang berdaftar secara rasmi seperti yang ditunjukkan dalam pendaftaran mahkamah komersial.
Rakan kongsi perbankan Shopify mengesahkan maklumat anda dengan membandingkannya dengan pendaftaran kerajaan di Finland. Pastikan anda menggunakan huruf besar atau kecil, tanda baca dan simbol yang betul.
Jika maklumat yang anda berikan tentang perniagaan tidak dapat disahkan, maka anda mungkin perlu memberikan dokumen pengesahan perniagaan. Semasa memberikan dokumen ini, pastikan nama berdaftar, nombor ID Perniagaan dan alamat perniagaan yang disenaraikan dalam akaun anda sepadan sepenuhnya dengan maklumat pada dokumen tersebut dan kemaskinikan maklumat dalam akaun anda supaya sepadan dengan dokumen tersebut. Semak senarai dokumen perniagaan yang boleh diterima.
Jika anda berada dalam lembaga pengarah, maka anda juga perlu menyenaraikan mana-mana orang lain yang berada dalam lembaga pengarah anda atau pembuat keputusan utama. Pastikan anda memasukkan nama, tarikh lahir dan alamat rumah mereka dengan tepat seperti yang ditunjukkan pada dokumen kerajaan mereka. Jika identiti mereka tidak dapat disahkan secara automatik, maka mereka mungkin perlu memberikan ID bergambar atau bukti alamat.
Pengarah yang anda berikan mestilah sepadan dengan pengarah yang disenaraikan dalam pendaftaran perniagaan kerajaan anda. Jika ketidaksepadanan dikesan, maka anda akan diminta untuk sama ada melengkapkan proses perakuan dengan mengklik butang Tandatangan, atau memberikan dokumen bukti jawatan pengarah. Menandatangani perakuan tersebut ialah cara yang paling pantas untuk menyelesaikan ketidaksepadanan ini, tetapi jika anda lebih suka menyerahkan dokumen, pastikan nama pengarah yang disenaraikan pada akaun anda betul-betul sepadan dengan pengarah yang disenaraikan pada dokumen anda. Kemaskinikan maklumat pada akaun anda agar sepadan dengan dokumen anda, jika perlu.
Organisasi bukan keuntungan tidak diperbadankan
Organisasi bukan keuntungan (NPO) ialah entiti yang ditubuhkan untuk tujuan selain menjana keuntungan bagi pemegang sahamnya. Misi utamanya adalah untuk memberikan manfaat kepada awam atau komuniti. Organisasi bukan keuntungan tidak diperbadankan tidak mempunyai nombor ID Perniagaan, tetapi telah mendaftar dengan mahkamah tempatan dan berstatus bukan keuntungan.
Organisasi bukan keuntungan tidak diperbadankan mesti menetapkan pembuat keputusan utama atau penganjur sebagai wakil akaun mereka dan menandakan orang tersebut sebagai eksekutif. Wakil akaun perlu memberikan maklumat yang berikut:
- Nama pertama dan nama akhir yang sah: Nama sah penuh anda seperti yang dipaparkan pada dokumentasi keluaran kerajaan.
- Tarikh lahir: Tarikh lahir anda.
- Alamat e-mel: Alamat e-mel yang sah dan aktif.
- Nombor telefon: Nombor telefon yang sah dan aktif.
- Alamat kediaman: Alamat rumah anda yang sepadan dengan dokumentasi anda.
- Jawatan: Jawatan yang anda sandang dalam perniagaan.
- Ekuiti: Jika berkenaan, peratusan ekuiti perniagaan yang anda miliki.
Jika maklumat anda tidak dapat disahkan secara automatik, maka anda akan menerima permintaan untuk mengesahkan identiti anda. Jika mana-mana maklumat anda seperti nama, tarikh lahir atau alamat rumah anda tidak betul, maka anda patut mengemaskinikan maklumat akaun anda.
Jika maklumat itu betul dan anda masih menerima permintaan untuk pengesahan, maka anda boleh menyelesaikan permintaan itu dengan melengkapkan salah satu tugas yang berikut:
- Sahkan identiti anda dengan mengambil swafoto menggunakan ID bergambar yang sah.
- Muat naik dokumen bukti identiti dan bukti alamat secara berasingan dalam pentadbir Shopify anda.
- Maklumat pada dokumen anda mestilah betul-betul sepadan dengan perkara yang anda masukkan pada akaun anda. Kemaskinikan maklumat akaun anda agar sepadan dengan dokumen anda jika perlu.
Organisasi bukan keuntungan tidak diperbadankan juga perlu memberikan butiran yang berikut tentang perniagaan:
- Nama perniagaan berdaftar: Nama perniagaan yang sah seperti yang ditunjukkan pada dokumentasi.
- Nombor Cukai Nilai Tambah (VAT): Nombor pendaftaran VAT anda, jika berkenaan.
- Nombor telefon perniagaan: Nombor telefon hubungan yang aktif untuk perniagaan.
- Alamat perniagaan: Alamat perniagaan yang berdaftar secara rasmi seperti yang ditunjukkan pada dokumentasi.
Rakan kongsi perbankan Shopify mengesahkan maklumat anda dengan membandingkannya dengan pendaftaran kerajaan di Finland. Pastikan anda menggunakan huruf besar atau kecil, tanda baca dan simbol yang betul.
Jika maklumat yang anda berikan tentang perniagaan tidak dapat disahkan, maka anda mungkin perlu memberikan dokumen pengesahan perniagaan. Semasa memberikan dokumen ini, pastikan nama berdaftar dan alamat perniagaan yang disenaraikan dalam akaun anda sepadan sepenuhnya dengan maklumat pada dokumen tersebut dan kemaskinikan maklumat dalam akaun anda supaya sepadan dengan dokumen tersebut. Semak senarai dokumen perniagaan yang boleh diterima.
Jika anda berada dalam lembaga pengarah, maka anda juga perlu menyenaraikan mana-mana orang lain yang berada dalam lembaga pengarah anda atau pembuat keputusan utama. Pastikan anda memasukkan nama, tarikh lahir dan alamat rumah mereka dengan tepat seperti yang ditunjukkan pada dokumen kerajaan mereka. Jika identiti mereka tidak dapat disahkan secara automatik, maka mereka mungkin perlu memberikan ID bergambar atau bukti alamat.
Pengarah yang anda berikan mestilah sepadan dengan pengarah yang disenaraikan dalam pendaftaran perniagaan kerajaan anda. Jika ketidaksepadanan dikesan, maka anda akan diminta untuk sama ada melengkapkan proses perakuan dengan mengklik butang Tandatangan, atau memberikan dokumen bukti jawatan pengarah. Menandatangani perakuan tersebut ialah cara yang paling pantas untuk menyelesaikan ketidaksepadanan ini, tetapi jika anda lebih suka menyerahkan dokumen, pastikan nama pengarah yang disenaraikan pada akaun anda betul-betul sepadan dengan pengarah yang disenaraikan pada dokumen anda. Kemaskinikan maklumat pada akaun anda agar sepadan dengan dokumen anda, jika perlu.
Jenis dokumen yang boleh diterima
Bahagian ini menerangkan dokumen yang boleh anda gunakan untuk mengesahkan identiti dan butiran perniagaan anda.
Dokumen identiti
Nama dan tarikh lahir pada akaun Shopify Payments anda mesti dikemas kini supaya sepadan dengan maklumat yang ditunjukkan dalam dokumen pengenalan yang anda berikan. Dokumen mesti sah dan belum tamat tempoh. Untuk semua dokumen kecuali pasport, gambar bahagian hadapan dan belakang diperlukan. Dokumen berikut diterima sebagai bukti pengenalan:
- Pasport
- Lesen memandu
- Kad pengenalan
- Permit kediaman
Dokumen alamat
Nama dan alamat pada akaun Shopify Payments anda mesti dikemas kini supaya sepadan dengan maklumat yang dipaparkan dalam dokumen alamat yang anda berikan. Semua dokumen mesti memaparkan tarikh pengeluaran dalam tempoh 6 bulan yang lalu. Dokumen berikut diterima sebagai bukti alamat:
- Bil utiliti
- Bil Internet, kabel atau telefon mudah alih
- Penyata kewangan
- Penyata daripada syarikat pencen atau insurans
- Sijil kediaman (daripada todistukset.dvv.fi)
- Pemberitahuan hak mengundi daripada Agensi Perkhidmatan Data Digital dan Penduduk (daripada suomi.fi)
- Surat daripada Pentadbiran Cukai (seperti keputusan cukai awal atau pulangan cukai pendapatan)
Dokumen pengesahan perniagaan
Dokumen berikut diterima untuk pengesahan perniagaan. Dokumen tersebut mesti memaparkan nama entiti sah, nombor ID perniagaan (Y-tunnus) dan alamat perniagaan anda dengan jelas. Butiran pada akaun Shopify Payments anda mesti dikemas kini supaya sepadan dengan maklumat yang dipaparkan dalam dokumen yang anda berikan:
- Cabutan daftar komersial (Kaupparekisteriote / Utdrag från handelsregister)
- Pendaftaran perdagangan (Kaupparekisteriote / Handelsregistrering)
- Artikel persatuan (Yhtiöjärjestys / Bolagsordning)
- Penyata kewangan (Tilinpäätökset / Årsredovisning)
- Pendaftaran VAT (ALV-rekisteröinti / Momsregistreringsnummer)
Dokumen pemilikan
Dokumen yang berikut diterima sebagai bukti pemilikan atau jawatan pengarah, dengan syarat dokumen tersebut memaparkan nama entiti sah perniagaan anda, dan semua nama lengkap pemilik atau pengarah perniagaan anda:
- Vuosikertomus (Laporan Tahunan)
- Perustamisasiakirja (Artikel Pemerbadanan)
- Kaupparekisteriote (Sijil Status Korporat)
- Nykyisten hallitusten todistus (Sijil Penyandang Jawatan)
- Todellisten edunsaajien rekisteri (Pendaftaran Pemilik Manfaat Mutlak)
Setiap pemilik manfaat yang disenaraikan dalam dokumentasi anda juga mestilah disenaraikan dalam akaun Shopify Payments anda dan diuntukkan peranan Pemilik. Pemilik manfaat ditakrifkan sebagai seseorang yang memiliki 25% atau lebih daripada ekuiti perniagaan. Kemaskinikan maklumat dalam akaun anda agar sepadan dengan dokumen tersebut jika perlu.
Jika perniagaan anda tidak mempunyai mana-mana pemilik manfaat, maka anda akan dikehendaki untuk mengesahkan pengarah anda sebaliknya. Dalam kes ini, dokumen sama yang disenaraikan di atas adalah layak. Setiap pengarah yang disenaraikan dalam dokumentasi anda juga mestilah disenaraikan dalam akaun Shopify Payments anda dan diuntukkan peranan Pengarah. Kemaskinikan maklumat dalam akaun anda agar sepadan dengan dokumen tersebut jika perlu.
Jika perniagaan anda dimiliki oleh syarikat pemegangan, sila pastikan pemilik dan pengarah anda dimasukkan dengan betul terlebih dahulu, dan kemudian lengkapkan proses perakuan digital dengan menekan butang Tandatangan.
Memastikan pematuhan dokumentasi
Apabila memberikan dokumen anda, pastikan dokumen tersebut memenuhi kriteria yang diperlukan. Semak garis panduan berikut untuk memastikan pematuhan:
- Ketepatan: Pastikan maklumat pada dokumen anda sepadan dengan maklumat yang telah anda masukkan dalam akaun Shopify Payments anda. Kemaskinikan akaun anda supaya sepadan dengan dokumen anda, jika perlu.
- Kejelasan dan kebolehbacaan: Pastikan dokumen anda jelas dan cukup besar untuk dibaca. Pastikan keseluruhan dokumen kelihatan dalam gambar.
- Kelengkapan: Pastikan semua butiran yang diperlukan dapat dilihat pada dokumen anda. Semak jenis dokumen yang boleh diterima yang disenaraikan pada halaman ini untuk memahami butiran yang mesti disertakan pada dokumen.
- Dokumentasi asli: Ambil gambar asli dokumen anda menggunakan kamera. Jangan buat salinan fotokopi, imbas atau ambil tangkapan skrin dokumen anda. Jangan tampal gambar dokumen ke dalam dokumen lain. Jangan ambil gambar skrin komputer atau hasil cetakan.
- Jika dokumen anda dikeluarkan kepada anda secara digital, berikan fail PDF dengan semua halaman seperti keadaan asalnya diberikan kepada anda, tanpa sebarang perubahan.
- Kesahan: Pastikan ID foto belum tamat tempoh dan bukti alamat baru sahaja dikeluarkan. Jika memberikan bukti pendaftaran perniagaan, perniagaan anda seharusnya masih didaftarkan secara aktif dan berstatus baik.
Menyelesaikan masalah lazim
Sebelum menghubungi Sokongan Shopify, semak isu kemasukan yang lazim ini berserta penyelesaiannya.
Pembayaran saya ditunjukkan sebagai tertunda.
Semak status garis masa pesanan untuk mengesahkan sama ada pembayaran tersebut berjaya. Jika pembayaran ditunjukkan sebagai gagal, maka perkara ini bukan sesuatu yang di luar jangkaan dan boleh berlaku atas pelbagai sebab. Anda perlu mencipta pesanan draf baharu dan menghantarnya kepada pelanggan anda untuk merekodkan dana.
Pelanggan saya mengalami kadar penolakan yang tinggi apabila membayar dalam SEK atau KR.
Jika pelanggan anda melihat kadar penolakan yang tinggi apabila membayar dalam SEK atau NOK/DKK (KR), maka cuba tukar mata wang jualan anda kepada EUR.
Saya tidak boleh mempertikaikan transaksi iDEAL | Wero.
Pelanggan tidak boleh mempertikaikan pembayaran iDEAL | Wero dengan bank mereka. Untuk mendapatkan butiran penuh tentang cara pertikaian dan aduan iDEAL | Wero berfungsi serta tanggungjawab anda sebagai pedagang, rujuk Pertikaian dan aduan pelanggan pada halaman iDEAL | Wero.
Dokumen saya telah ditolak.
Pastikan maklumat pada akaun anda sepadan dengan maklumat dalam dokumen yang anda serahkan dan kemaskinikan akaun anda agar sepadan dengan dokumentasi anda jika perlu. Jika dokumen anda masih ditolak, maka rujuk bahagian berikut pada halaman ini:
- Jenis dokumen yang boleh diterima: Dokumen yang diterima dan butiran yang mesti disertakan. Tangkapan skrin, hasil cetakan carian dalam talian dan tangkapan skrin pendaftaran tidak diterima.
- Memastikan pematuhan dokumentasi: Keperluan untuk ketepatan, kejelasan, kelengkapan, dokumentasi asli dan kesahan.
Maklumat perniagaan saya tidak disahkan.
Semasa memasukkan maklumat perniagaan anda, pastikan nama perniagaan, nombor ID perniagaan dan alamat anda sepadan sepenuhnya seperti yang dipaparkan dalam pendaftaran perniagaan kerajaan. Ini termasuk:
- Penggunaan huruf yang betul (huruf besar dan huruf kecil)
- Tanda baca dan jarak yang betul
- Nama perniagaan yang lengkap seperti yang didaftarkan
Rakan kongsi perbankan kami mengesahkan maklumat anda secara automatik dengan membandingkannya dengan pendaftaran rasmi. Perbezaan kecil sekalipun boleh menyebabkan pengesahan gagal. Pastikan dokumentasi yang anda serahkan menunjukkan nama sah, nombor ID perniagaan dan alamat perniagaan serta butiran ini sepadan dengan maklumat yang ditunjukkan pada akaun anda. Kemaskinikan akaun anda supaya sepadan dengan dokumen anda, jika perlu.
Alamat saya tidak boleh disahkan secara automatik.
Untuk Shopify Payments Finland, jika alamat anda tidak dapat disahkan secara automatik, maka anda akan diminta untuk sama ada melengkapkan proses swafoto, atau memberikan dokumen bukti alamat.
Melengkapkan proses swafoto adalah disyorkan. Individu yang memerlukan pengesahan boleh mengklik butang Swafoto dan kemudian mengambil gambar ID bergambar mereka dan diri mereka sendiri, untuk mengesahkan identiti. Anda boleh melengkapkan proses swafoto berbanding memberikan dokumen bukti alamat.
Jika anda lebih suka memberikan dokumen secara manual, maka anda boleh berbuat demikian. Dokumen bukti alamat mestilah menunjukkan nama penuh dan alamat rumah anda, dan menjadi salah satu daripada jenis dokumen yang ditunjukkan di sini. Anda juga patut memastikan perkara yang berikut:
- Pastikan alamat yang anda masukkan dalam akaun Shopify Payments anda sepadan sepenuhnya dengan alamat pada dokumen bukti alamat anda.
- Kemaskinikan maklumat anda dalam akaun anda supaya sepadan dengan dokumen anda jika perlu.
- Muat naik gambar yang jelas bagi dokumen bukti alamat anda.
- Pastikan dokumen yang anda muat naik menunjukkan nama penuh anda sendiri. Contohnya, jika anda mempunyai bil utiliti atas nama orang lain, anda perlu memberikan dokumen yang berbeza.
Maklumat pemilik saya tidak dapat disahkan.
Untuk Shopify Payments Finland, anda dikehendaki memasukkan pemilik anda supaya nama yang disenaraikan sepadan dengan pemilik yang disenaraikan untuk perniagaan anda pada pendaftaran perniagaan kerajaan anda. Adalah disyorkan agar anda mencari maklumat pemilik anda dalam pendaftaran dan memasukkan nama betul-betul seperti yang ditunjukkan di sana. Jika anda tiada pemilik, maka anda mesti menyenaraikan semua pengarah anda pada akaun tersebut sebaliknya.
Jika anda telah berbuat demikian dan pemilikan atau jawatan pengarah anda masih tidak dapat disahkan, maka adalah disyorkan agar anda mengklik butang Tandatangan pada halaman pengesahan anda untuk memperaku secara digital bahawa maklumat yang anda berikan adalah betul.
Jika anda lebih suka, maka anda boleh memberikan dokumen yang mengesahkan orang yang menjadi pemilik atau pengarah anda, berbanding menggunakan proses perakuan. Maklumat pemilik dan pengarah yang anda masukkan pada akaun Shopify Payments anda mestilah sepadan dengan maklumat pada dokumentasi yang anda muat naik. Jika pemilik atau pengarah disenaraikan pada dokumentasi anda, tetapi tidak ditambahkan pada akaun Shopify Payments anda, maka anda mesti menambahkan individu tersebut pada akaun anda dan menguntukkan peranan Pemilik atau Pengarah kepada mereka. Senarai jenis dokumen yang boleh anda berikan untuk mengesahkan pemilikan tersedia di sini.
Anda patut memastikan bahawa pemilik dan pengarah pada akaun anda adalah padanan 1:1 dengan dokumentasi anda. Jangan senaraikan pemilik atau pengarah tambahan yang tidak ditunjukkan pada dokumen anda.
Soalan lazim
Semak soalan lazim ini tentang keperluan Shopify Payments di Finland.
Mengapakah anda memerlukan ID bergambar dan bukti alamat saya jika saya merupakan sebuah syarikat, perkongsian atau organisasi bukan untung?
Walaupun anda disediakan sebagai syarikat, perkongsian atau badan bukan untung, rakan kongsi perbankan Shopify diwajibkan oleh peraturan di Finland untuk mengesahkan identiti orang yang dikaitkan dengan perniagaan, termasuklah siapa mereka dan tempat mereka berada.
Saya warganegara Finland dan lahir di sana, tetapi saya tidak tinggal di Finland pada masa ini. Bolehkah saya menggunakan Shopify Payments di Finland?
Jika jenis perniagaan anda ialah Individu / Pedagang Persendirian, maka anda diwajibkan untuk tinggal di Finland untuk layak menggunakan Shopify Payments di Finland. Jika anda tidak tinggal di Finland pada masa ini, maka anda patut mencipta akaun Shopify Payments untuk rantau tempat anda tinggal.
Kemaskinikan alamat kedai anda kepada lokasi semasa anda. Jika lokasi anda layak untuk Shopify Payments, maka anda boleh mencipta akaun Shopify Payments untuk rantau tersebut sebagai ganti.
Jika anda ialah perkongsian, syarikat atau badan bukan untung, maka anda tidak diwajibkan untuk tinggal di Finland secara peribadi, tetapi perniagaan anda mesti didaftarkan di Finland dan mempunyai alamat perniagaan Finland. Jika anda memerlukan bantuan, maka hubungi Sokongan Shopify.
Saya ialah perkongsian tidak berdaftar di Finland. Anda meminta nombor ID Perniagaan, tetapi saya tidak mempunyainya.
Jika anda ialah perkongsian yang diminta untuk memberikan nombor ID Perniagaan yang tidak anda miliki, maka anda disediakan sebagai jenis perniagaan yang salah. Jika anda dalam proses menyediakan akaun, maka kembali ke skrin pemilihan jenis perniagaan dan pilih Perkongsian tidak berdaftar.
Jika anda telah menyediakan akaun tersebut dan sedang diminta untuk memberikan nombor ID Perniagaan sebagai sebahagian daripada proses pengesahan anda, maka anda boleh mengemaskinikan jenis perniagaan anda dengan pergi ke Tetapan > Umum. Klik tiga titik di sebelah butiran perniagaan anda, dan kemudian klik Sunting. Jika anda mengalami sebarang kesukaran untuk mengemaskinikan jenis perniagaan anda, maka hubungi Sokongan Shopify untuk mendapatkan bantuan.
Saya ialah pedagang persendirian di Finland. Tidakkah anda perlukan pendaftaran atau maklumat perniagaan saya?
Jika anda ialah pedagang persendirian atau pemilikan tunggal, anda hanya perlu memberikan maklumat peribadi anda untuk pengesahan. Untuk senarai lengkap maklumat yang diperlukan, rujuk bahagian Individu / Pedagang persendirian pada halaman ini.
Jika anda ialah pedagang persendirian atau pemilikan tunggal, maka jangan cuba mendaftar sebagai jenis perniagaan yang berbeza. Anda mungkin menghadapi kesukaran untuk lulus pengesahan.
Saya merupakan syarikat dagangan awam di Finland. Jenis perniagaan manakah yang patut saya pilih?
Pilih Perbadanan swasta. Untuk tujuan pengesahan perniagaan dan identiti, proses bagi syarikat awam dan syarikat milik swasta adalah serupa. Anda boleh melangkau bahagian borang persediaan akaun yang meminta anda untuk menambahkan pemilik. Anda tidak dikehendaki untuk menyenaraikan mana-mana pemilik manfaat, jika anda tidak mempunyainya.
Jika anda ialah syarikat dagangan awam di Finland, anda sudah menyediakan akaun Shopify Payments, dan kini anda diminta untuk memberikan maklumat pemilikan sebagai sebahagian daripada proses pengesahan anda, maka kemaskinikan butiran pemilikan anda untuk menunjukkan bahawa anda tiada pemilik. Alih keluar peranan Pemilik daripada mana-mana orang yang ada dalam fail, sebaliknya pastikan semua pengarah anda disenaraikan pada akaun dan diuntukkan peranan Pengarah.
Anda mungkin diminta untuk mengesahkan bahawa jawatan pengarah yang disenaraikan adalah betul. Jika anda boleh mengesahkan bahawa ia kelihatan betul, maka klik butang Tandatangan untuk memperaku secara digital tentang maklumat yang terdapat dalam fail.
Jika anda mengalami sebarang kesukaran untuk proses ini, maka hubungi Sokongan Shopify untuk mendapatkan bantuan.
Saya tidak mempunyai nombor ID Perniagaan, tetapi saya bukanlah individu atau pedagang persendirian. Saya jenis perniagaan yang berbeza.
Jika anda tidak mempunyai nombor ID Perniagaan, maka anda hanya boleh memilih Perkongsian tidak berdaftar atau Bukan untung tidak diperbadankan sebagai jenis perniagaan anda. Anda masih perlu memberikan dokumentasi perniagaan yang menunjukkan bahawa perniagaan anda didaftarkan sebagai jenis perniagaan tersebut di Finland.
Jika kedua-dua jenis perniagaan ini tidak sepadan dengan perniagaan anda, maka anda patut memilih Individu / Pedagang Persendirian dan menugaskan pembuat keputusan utama atau pemilik sebagai wakil akaun.
Bagaimanakah cara saya mengemaskinikan maklumat akaun Shopify Payments saya?
Jika anda secara aktif diminta untuk melengkapkan pengesahan akaun, maka anda boleh membuat sebarang kemas kini pada maklumat anda daripada halaman pengesahan, serta menyerahkan sebarang dokumen yang diminta.
Di luar proses pengesahan, pemilik kedai boleh mengemaskinikan butiran ini melalui Tetapan > Umum > Butiran Perniagaan. Klik tiga titik di sebelah entiti perniagaan anda dan kemudian klik Edit untuk mengemaskinikan maklumat perniagaan tersebut, termasuk jenis perniagaan.
Ambil perhatian bahawa sebarang perubahan yang anda buat di sini dihantar kepada rakan kongsi perbankan kami secara automatik untuk disemak dan maklumat baharu disemak semula melalui proses pengesahan mereka. Perubahan tersebut mungkin disahkan semula secara automatik, tetapi anda mungkin turut diminta untuk memberikan dokumen sokongan.
Apakah yang berlaku jika saya terlepas tarikh akhir pengesahan saya?
Anda akan melihat penangguhan sementara pada pembayaran anda sehingga prosedur pengesahan diselesaikan. Selepas tarikh akhir pertama tiba dan pembayaran ditangguhkan secara sementara, anda mungkin melihat tarikh akhir kedua yang menunjukkan masa keupayaan anda untuk menerima pesanan dengan Shopify Payments akan ditangguhkan secara sementara.
Semua penangguhan ini adalah sementara dan ditarik balik secara automatik selepas anda melengkapkan pengesahan. Rujuk halaman panel pentadbir anda untuk mendapatkan tarikh akhir anda.
Bermula pada bulan Jun tahun 2026, akaun Shopify Payments Finland serba baharu mempunyai masa selama 90 hari dari pesanan pertama yang diproses untuk melengkapkan pengesahan. Jika melepasi 90 hari, maka sebarang pesanan yang anda proses menggunakan Shopify Payments mungkin dibayar balik secara automatik.
Dasar bayaran balik ini terpakai untuk negara Eropah sahaja dan hanya untuk akaun serba baharu yang dibuat pada atau selepas bulan Jun tahun 2026. Jika dasar bayaran balik ini terpakai untuk anda, maka amaran akan memberitahu pemilik kedai masa mereka boleh menjangkakan bayaran balik untuk diproses.
Sebelum anda menghubungi Sokongan Shopify mengenai Shopify Payments di Finland
Sebelum menghubungi Sokongan Shopify, kumpulkan maklumat ini untuk membantu menyelesaikan isu anda dengan lebih pantas:
- Tangkapan skrin bagi sebarang mesej ralat yang anda terima (tapis maklumat sensitif seperti nombor akaun bank)
- Jenis perniagaan yang anda pilih semasa persediaan
- Kod Identiti Perniagaan anda (Y-tunnus / FO-nummer), jika berkenaan
- Langkah tertentu semasa anda menghadapi isu tersebut
- Pelayar dan peranti yang sedang anda gunakan
- Butiran akaun bank anda (jenis akaun, mata wang) tanpa berkongsi IBAN yang penuh
- Sebarang dokumen yang telah anda muat naik dan masa anda memuat naiknya
Menyediakan maklumat ini membantu Sokongan Shopify membantu anda dengan lebih cekap.