Menyemak format alamat
Apabila membeli label pengiriman di Shopify, setiap pengangkut pengiriman mempunyai jangkaan yang berbeza untuk format alamat penghantaran.
Penyemak alamat penghantaran
Gunakan alat berikut untuk mengesahkan alamat penghantaran anda.
| Pengangkut | Alat |
|---|---|
| USPS | Penyemak alamat USPS |
| Canada Post | Penyemak alamat Canada Post |
| DHL | Penyemak alamat DHL |
| DPD | Pencari poskod dan alamat DPD |
| Colissimo | Penyemak alamat Colissimo |
Pengecaman alamat
Apabila anda memasukkan alamat penghantaran untuk label pengiriman, alamat tersebut disemak dengan pangkalan data pengangkut pengiriman. Jika terdapat padanan, alamat dijamin akan dicam oleh pengangkut pengiriman. Jika tiada padanan, maka tiada jaminan bahawa alamat tersebut akan dicam, ini boleh menyebabkan ralat atau kelewatan dalam pengiriman.
Alamat yang dicam
Jika alamat dalam format yang sah dan mempunyai padanan dalam pangkalan data pengangkut, alamat tersebut dijamin akan dicam. Hal ini bermakna pengangkut akan menerima label tersebut dan tiada sebarang kelewatan yang berlaku berpunca daripada ralat semasa membaca label.
Ralat sepanduk kuning
Jika terdapat mesej ralat alamat penghantaran dalam sepanduk kuning, maka alamat adalah dalam format yang sah tetapi tiada padanan dalam pangkalan data pengangkut. Hal ini biasanya bermakna terdapat ralat pada cara alamat tersebut dimasukkan. Anda boleh menggunakan penyemak alamat penghantaran pengangkut untuk mencari alamat yang digunakan oleh pengangkut pengiriman.
Alamat yang tidak dicam masih boleh digunakan dan mungkin tidak menjejaskan penghantaran. Jika anda pasti bahawa alamat adalah betul, anda boleh menggunakan alamat yang tidak dicam itu pada label anda.
Jika anda memerlukan bantuan dengan alamat penghantaran anda, hubungi Sokongan Shopify.
Ralat sepanduk merah
Jika terdapat mesej ralat alamat penghantaran dalam sepanduk merah, maka alamat berada dalam format yang tidak betul dan anda tidak boleh membeli label untuk alamat tersebut. Anda boleh menggunakan penyemak alamat penghantaran pengangkut untuk mencari format yang digunakan oleh pengangkut pengiriman.
Jika anda memerlukan bantuan dengan alamat penghantaran anda, hubungi Sokongan Shopify.
Alamat penghantaran tentera AS
Alamat surat-menyurat tentera di AS mempunyai format unik yang mesti dimasukkan menggunakan cara yang khusus. Jika alamat tersebut dimasukkan dengan tidak betul, pesanan tersebut mungkin tidak tiba kepada penerima yang dituju. Terdapat 3 jenis alamat tentera AS yang berbeza:
- Pejabat Pos Tentera Darat/Udara (APO)
- Pejabat Pos Armada (FPO)
- Pejabat Pos Diplomatik (DPO)
Jika anda menerima pesanan dengan alamat penghantaran tentera AS, pastikan alamat telah dimasukkan dengan betul sebelum anda mengirimkan pesanan. Jika alamat penghantaran belum dimasukkan dengan betul oleh pelanggan, edit alamat pelanggan dengan menggunakan garis panduan berikut:
- Nama penerima mesti dimasukkan ke dalam medan Nama, namun pangkat mereka adalah pilihan.
- Nombor PSC dan BOX untuk alamat AP, atau nombor UNIT dan BOX untuk alamat FPO dan DPO, kedua-duanya mestilah berada dalam medan Alamat.
- Medan Bandar mesti mengandungi APO, FPO atau DPO sahaja. Jangan masukkan nama bandar.
- Amerika Syarikat mestilah dipilih dalam medan Negara/Rantau.
- Armed Forces Americas, Armed Forces Europe atau Armed Forces Pacific mestilah dipilih dalam medan Negeri. Lokasi ini mungkin dimasukkan dalam bentuk singkatan oleh pelanggan anda sebagai Armed Forces America (AA), Armed Forces Europe (AE) atau Armed Forces Pacific (AP).
Jika anda tidak pasti tentang beberapa maklumat alamat, hubungi pelanggan yang membuat pesanan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.