3D Secure dengan Cardinal

Cardinal ialah penyedia 3D Secure yang berintegrasi dengan pelbagai gerbang pembayaran pihak ketiga di Shopify dalam Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) dan United Kingdom. Penggunaan Cardinal dapat mengurangkan risiko caj balik anda serta memenuhi keperluan kawal selia arahan pembayaran untuk PSD2 di Eropah. Arahan PSD2 ini berkuat kuasa pada 14 September 2019. Terdapat jangkaan tempoh peralihan selama 18 bulan untuk pedagang mencapai pematuhan di seluruh EEA dan United Kingdom.

PayPal

Pengguna PayPal di EEA dan United Kingdom juga dikehendaki untuk mengaktifkan pembayaran 3D Secure. Pengguna PayPal di PayPal Website Payments Pro (UK) boleh mendaftar untuk Cardinal secara terus dengan PayPal tanpa sebarang kos tambahan.

Jika anda menggunakan PayPal Website Payments Pro (UK), anda mesti mendaftar akaun dan perniagaan anda melalui PayPal untuk mengaktifkan pembayaran 3D Secure. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, rujuk 3-D Secure untuk Website Payments Pro. PayPal Express sudah pun mematuhi PSD2, jadi tiada tindakan yang diperlukan untuk kaedah pembayaran ini.

Gerbang pembayaran pihak ketiga tambahan

Jika anda menggunakan gerbang pembayaran pihak ketiga yang disokong dan pentadbir Shopify anda memaparkan mesej yang meminta anda untuk membuat sambungan dengan Cardinal, ikut langkah ini:

  1. Daftar untuk Cardinal. Cardinal akan menghubungi anda dalam masa 5 hari bekerja dengan satu kontrak dan arahan lanjut.
  2. Masukkan bukti kelayakan Cardinal anda ke dalam tetapan pembayaran pentadbir Shopify anda.