Betulkan warna imej yang dimuat naik

Apabila anda memuat naik imej ke Shopify, warna dalam imej yang dimuat naik mungkin kelihatan berbeza daripada yang asal. Keadaan ini boleh berlaku apabila imej mempunyai profil warna, iaitu set data yang disimpan dalam fail dengan sambungan .ICC atau .ICM. Profil warna sering terbenam ke dalam imej untuk membantu menyeragamkan cara warna dipaparkan pada peranti yang berbeza. Apabila imej dimuat naik ke Shopify, profil warnanya akan dialih keluar.

Profil warna dialih keluar atas dua sebab:

  • Apabila imej yang dimuat naik tidak menyertakan profil warna, sRGB (profil warna yang paling lazim digunakan untuk memaparkan imej pada web) akan diandaikan oleh pelayar web. Hal ini memastikan bahawa imej anda kelihatan sama di semua pelayar web utama.
  • Profil warna boleh menggunakan ruang cakera yang besar, yang boleh mengakibatkan masa pemuatan yang lambat.

Alih keluar profil warna daripada imej anda

Anda boleh menyimpan imej anda tanpa profil warna sebelum memuat naiknya ke Shopify. Proses ini berbeza-beza bergantung pada program pengeditan imej anda. Jika anda menggunakan produk Adobe, ikut langkah-langkah di bawah:

Alih keluar profil warna menggunakan Adobe Illustrator atau Adobe Photoshop

  1. Klik Edit, kemudian Assign Profile.
  2. Pilih Don’t Color Manage This Document.
  3. Klik OK.

Alih keluar profil warna menggunakan Adobe InDesign

  1. Klik Edit, kemudian Assign Profile.
  2. Untuk Profil RGB dan Profil CMYK, pilih Discard (Use Current Working Space).
  3. Klik OK.

Untuk maklumat yang lebih terperinci, anda boleh melihat dokumentasi Adobe tentang profil warna.