Konfigurasi pemapar 3D tanpa kod

Anda boleh mengkonfigurasikan model 3D anda dalam pentadbir Shopify anda tanpa perlu mengedit sebarang kod. Laraskan pencahayaan, warna latar belakang, tahap pendedahan, zum dan paparan kamera awal bagi model anda dari halaman Produk anda.

Pada halaman ini

Edit model 3D

Anda boleh melaraskan Pencahayaan bagi model 3D anda, atau paparan Kamera. Untuk mengakses editor model 3D, buka produk yang mengandungi model 3D. Tatal ke bawah ke bahagian Media pada halaman produk dan klik ikon 3D dalam imej tersebut.

Media produk dengan butang pemapar model 3D diserlahkan

Edit pencahayaan model

  1. Buka halaman Produk anda dan pilih produk yang mengandungi model 3D.
  2. Tatal ke bawah ke Media dalam produk tersebut. Cari model 3D dan klik ikon 3D dalam imej tersebut.
  3. Klik Edit fail. Secara lalai, pilihan edit Pencahayaan dimuatkan dahulu. Pilih jenis pengeditan yang anda ingin lakukan:
  • Persekitaran mempunyai penapis pratetap yang mengubah bayang dan pantulan yang muncul pada imej anda. Klik mana-mana penapis untuk melihat kesan pada imej anda.
  • Pencahayaan membolehkan anda menukar pendedahan imej 3D anda. Gunakan peluncur untuk melaraskan pendedahan imej.
  • Latar belakang mengubah warna latar belakang bagi imej 3D anda. Anda boleh menetapkan latar belakang imej supaya menjadi telus dengan memilih kotak Gunakan latar belakang telus. Pilih warna latar belakang untuk imej anda dengan pemilih warna, atau masukkan kod heks bagi warna tersebut di ruang di bawah pemilih warna.
  1. Selepas mengedit fail anda, klik Selesai untuk menyimpan perubahan anda atau klik Tetapkan semula untuk mengembalikan imej kepada keadaan asalnya.

Edit paparan kamera model

  1. Buka halaman Produk anda dan pilih produk yang mengandungi model 3D.
  2. Tatal ke bawah ke Media dalam produk tersebut. Cari model 3D dan klik ikon 3D dalam imej tersebut.
  3. Klik Edit fail. Klik ikon Kamera untuk memuatkan pilihan paparan model tersebut.
  4. Pilih jenis pengeditan yang anda ingin lakukan:
  • Tukar Putaran X imej dengan meningkatkan atau mengurangkan sudut Putaran X.
  • Tukar Putaran Y imej dengan meningkatkan atau mengurangkan sudut Putaran Y.
  • Zum masuk pada imej anda dengan peluncur peratusan Zum.
  1. Selepas mengedit fail anda, klik Selesai untuk menyimpan perubahan anda atau klik Tetapkan semula untuk mengembalikan imej kepada keadaan asalnya.