Automasi pemasaran selepas pembelian dalam Shop

Jika jualan langsung diaktifkan dalam saluran Shop, anda boleh mencipta tawaran selepas pembelian yang memberikan diskaun dalam aplikasi kepada pelanggan yang kembali, yang boleh digunakan di kedai anda. Anda boleh mempunyai hanya 1 tawaran selepas pembelian yang aktif pada satu-satu masa.

Tawaran diskaun kekal kelihatan dalam aplikasi Shop sehingga mana-mana syarat berikut dipenuhi:

  • Semua syarat kod diskaun dipenuhi, seperti pengehadan sebanyak 1 penggunaan untuk setiap pelanggan.
  • Kod diskaun tamat tempoh atau dipadamkan.
  • Automasi selepas pembelian dinyahaktifkan atau dipadamkan.

Semasa mencipta syarat untuk diskaun anda, anda tidak boleh mengehadkan kod diskaun agar hanya terpakai kepada pelanggan khusus, kumpulan pelanggan, koleksi atau produk.

Anda boleh menawarkan jenis diskaun dalam aplikasi yang berikut kepada pelanggan Shop:

  • Pengiriman percuma
  • Amaun tetap
  • Peratusan

Cipta automasi tawaran selepas pembelian

Untuk mencipta automasi tawaran selepas pembelian, anda perlu mengaktifkan automasi tersebut dengan kod diskaun. Untuk penjejakan yang tepat, cipta kod diskaun yang akan anda gunakan hanya untuk automasi tawaran selepas pembelian tersebut. Anda boleh menukar kod diskaun pada bila-bila masa selagi automasi tersebut aktif.

Langkah-langkah:

  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Saluran jualan > Shop.

  2. Dalam bahagian Pemasaran, klik Cipta tawaran.

  3. Pilihan: Jika anda belum menyediakan diskaun, klik Cipta kod diskaun dan konfigurasikan kod diskaun yang ingin anda tawarkan.

  4. Dalam bahagian Butiran aktiviti, masukkan Nama aktiviti.

  5. Dalam bahagian Cara ini berfungsi, konfigurasikan elemen yang berikut:

    • Untuk memilih diskaun, gunakan bar carian Diskaun atau klik Semak imbas. Pilih diskaun yang ingin anda gunakan dan kemudian klik Tambah.
    • Pilihan: Klik Pilih imej untuk memuat naik imej latar belakang. Untuk mengelakkan pemangkasan imej, gunakan imej yang berukuran 933 x 480 piksel.
    • Pilihan: Dalam medan Mesej, masukkan mesej yang dipaparkan kepada pelanggan pada tawaran anda.
    • Pilihan: Dalam medan Pemberitahuan semerta, masukkan teks yang dipaparkan kepada pelanggan dalam pemberitahuan semerta untuk tawaran anda.
  6. Semak Pratonton aktiviti dan kemudian klik Terbitkan aktiviti.

Mengedit, menjeda atau memadamkan tawaran selepas pembelian yang sedia ada

Selepas anda mencipta automasi tawaran selepas pembelian, anda boleh mengedit, menjeda atau memadamkan automasi tersebut. Selepas menjeda tawaran, anda boleh menyambungnya semula pada bila-bila masa.

Semak pertimbangan yang berikut sebelum mengedit, menjeda atau memadamkan tawaran selepas pembelian:

  • Anda boleh mempunyai hanya 1 tawaran yang aktif pada satu-satu masa. Untuk menukar tawaran anda, anda boleh sama ada mengedit tawaran tersebut ataupun memadamkannya dan mencipta tawaran baharu.
  • Jika anda menjeda atau memadamkan automasi tawaran selepas pembelian semasa terdapat kod diskaun yang aktif yang belum digunakan oleh pelanggan, pelanggan masih boleh menggunakan kod diskaun tersebut melainkan anda memadamkan kod diskaun itu daripada pentadbir Shopify anda.
  • Jika pelanggan mempunyai kod diskaun yang aktif daripada tawaran selepas pembelian yang belum mereka gunakan, tawaran mereka tidak akan dikemas kini jika anda mengeditnya dan mereka tidak akan menerima tawaran selepas pembelian yang baharu.
  • Pemadaman automasi menetapkan semula metrik prestasi untuk semua automasi tawaran selepas pembelian anda.

Langkah-langkah:

  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Saluran jualan > Shop.

  2. Dalam bahagian Pemasaran, klik Urus tawaran.

  3. Pada halaman Automasi Tawaran Selepas Pembelian, lakukan mana-mana tindakan yang berikut:

    • Untuk mengedit tawaran, edit mana-mana medan dalam automasi dan kemudian klik Simpan.
    • Untuk menjeda tawaran untuk sementara waktu, klik Jeda aktiviti.
    • Untuk menyambung semula tawaran yang dijeda sebelum ini, klik Sambung semula aktiviti.
    • Untuk memadamkan tawaran secara kekal, klik Padamkan aktiviti.

Tawaran selepas pembelian yang dijeda secara automatik

Automasi tawaran selepas pembelian dijeda secara automatik apabila mana-mana perkara yang berikut berlaku:

  • Kod diskaun dipadamkan.
  • Kod diskaun tamat tempoh.
  • Jenis diskaun yang tidak disokong dipilih.
  • Anda tidak memenuhi keperluan pedagang Shop.

Jika kempen tawaran selepas pembelian anda dijeda, anda menerima e-mel yang meminta anda mencipta kod diskaun baharu untuk ditambahkan pada automasi dalam saluran Shop.

Melihat analisis bagi tawaran selepas pembelian

Selepas anda mencipta automasi, anda boleh menggunakan saluran Shop untuk menyemak metrik prestasi. Anda boleh mengakses metrik ini pada asas pusingan 30 hari. Maklumat ini merangkumi yang berikut:

  • Pelanggan yang menerima tawaran tersebut.
  • Bilangan pesanan yang dibuat menggunakan kod diskaun.
  • Bilangan jualan yang dikaitkan dengan tawaran.

Anda tidak boleh mengakses metrik ini daripada halaman Pemasaran pentadbir Shopify anda.