Mengira pelepasan pengiriman anda
Pada halaman ini
Menganggar pelepasan pengiriman anda
Untuk menganggar pelepasan anda, Planet bergantung pada data penjejakan pesanan yang dikaitkan dengan nombor penjejakan kiriman. Data ini membolehkan pengiraan pelepasan yang lebih tepat. Walau bagaimanapun, jika nombor penjejakan tidak tersedia atau pengangkut pengiriman tidak disokong, Planet mendarabkan anggaran pelepasan tersebut dengan faktor ketidakpastian sebanyak 3. Faktor ketidakpastian memastikan semua pelepasan diambil kira walaupun dalam keadaan data yang tidak konsisten atau hilang.
Contoh: Menggunakan faktor ketidakpastian untuk mengira pelepasan pengiriman anda
Mari kita teliti satu contoh untuk menggambarkan proses ini. Katakan anda mengirim satu pakej dari Boston ke New York. Jarak garis lurus antara dua bandar tersebut ialah kira-kira 305 km, tetapi laluan jalan terpendek adalah sekitar 350 km. Jika data penjejakan tersedia, maka Planet menggunakan jarak tepat yang dilalui untuk pengiraan.
Dalam kes data penjejakan tidak tersedia, Planet menggunakan formula Haversine untuk mengira jarak antara alamat lokasi asal dengan alamat destinasi. Jarak Haversine merujuk pada jarak bersudut antara dua titik pada permukaan sfera. Hal ini mengambil kira koordinat latitud dan longitud bagi setiap titik yang diwakili dalam radian. Formula ini membolehkan Planet menganggarkan jarak dengan tepat, walaupun tanpa data penjejakan. Pelepasan yang terhasil kemudiannya didarab dengan 3 bagi mengambil kira variasi dalam laluan seperti jarak yang dilalui dari pejabat pos dan pusat pengedaran, berserta laluan yang diambil oleh kurier untuk menyerahkan pakej ke pintu pelanggan anda.
Pertimbangan tambahan tentang cara Planet menganggarkan pelepasan pengiriman
Model dan anggaran Planet bergantung pada input data dan dalam beberapa kes, data mungkin tidak tersedia. Untuk menangani hal ini, Planet sengaja memberikan anggaran berlebihan terhadap pelepasan karbon untuk memastikan pembelian penyingkiran karbon yang mencukupi, walaupun dalam senario apabila data tiada. Pelepasan karbon dioksida (CO2) menyumbang sebanyak 95% daripada kesan iklim hasil daripada pembakaran bahan api fosil untuk pengangkutan. Pelepasan yang dianggarkan tidak mengambil kira pelepasan gas rumah hijau lain semasa pengangkutan.
Bagi pengangkutan laut, data yang diperlukan untuk mengira pelepasan dengan tepat tidak dijanakan oleh pesanan yang dikirim menggunakan kaedah ini. Dalam kes sedemikian, kaedah alternatif yang diterima industri digunakan bagi menganggarkan pelepasan.
Faktor utama yang digunakan untuk menentukan pelepasan pengiriman
Untuk menentukan pelepasan pengiriman, Planet mempertimbangkan tiga faktor utama: berat, jarak dan jenis pengangkutan.
- Berat: Berat pengiriman ialah nilai utama yang digunakan dalam pengiraan. Jika berat tidak tersedia, maka Planet menggunakan purata berat pengiriman sebagai pengganti.
- Jarak: Jika data penjejakan tersedia, maka Planet menggunakan jarak yang direkodkan dalam maklumat penjejakan. Dalam kes apabila data penjejakan tidak tersedia, Planet menggunakan formula Haversine untuk mengira jarak antara alamat lokasi asal dengan alamat destinasi. Jarak Haversine merujuk pada jarak bersudut antara dua titik pada permukaan sfera. Untuk mengambil kira ketidakpastian dalam laluan, jarak ini didarab dengan faktor ketidakpastian sebanyak 3.
- Jenis Pengangkutan: Planet menentukan mod pengangkutan berdasarkan kelajuan dan jarak yang dilalui bagi menetapkan keamatan karbon bersesuaian yang dikaitkan dengan pengangkutan kapal terbang berbanding pengangkutan darat.