Melaporkan pelanggaran hak cipta atau membalas notis hak cipta

Pada halaman ini, anda boleh mendapatkan maklumat tentang dasar hak cipta Shopify, cara melaporkan pelanggaran hak cipta dan cara membalas notis hak cipta.

Shopify mematuhi Akta Hak Cipta Milenium Digital (DMCA) dan memberikan respons terhadap tuntutan pelanggaran hak cipta menggunakan prosedur DMCA, termasuk proses notis dan notis balas undang-undang tersebut untuk tuntutan pelanggaran hak cipta:

  • Jika Shopify menerima perkara yang dipercayai secara munasabah sebagai notis dakwaan pelanggaran hak cipta yang lengkap dan sah berkenaan kandungan pada sesebuah kedai, kandungan yang dilaporkan tersebut biasanya akan dialih keluar dari platform dan pedagang yang terjejas akan dimaklumkan melalui pentadbir Shopify mereka.
  • Shopify akan memberi pedagang peluang untuk menghantar notis balas yang menerangkan sebab mereka berpendapat kandungan telah dialih keluar secara silap. Jika notis balas adalah sah, pedagang biasanya akan dibenarkan untuk menyiarkan semula kandungan tersebut dalam tempoh 10 hingga 14 hari bekerja.
  • Dalam sesetengah keadaan, Shopify mungkin menolak untuk mengalih keluar kandungan yang dilaporkan atau, jika ia telah dialih keluar, membenarkan pedagang menyiarkan semula kandungan tersebut dengan segera.
  • Shopify mempunyai dasar menamatkan kedai kerana pelanggaran berulang dalam keadaan yang wajar, seperti jika ia telah menerima beberapa notis dakwaan pelanggaran yang tidak dibalas oleh kedai tersebut. Apabila sesebuah kedai ditamatkan akibat pelanggaran berulang, semua kedai yang dimiliki atau dikendalikan oleh pihak sama yang melakukan pelanggaran berulang turut tertakluk pada penamatan.
  • Shopify mengekalkan budi bicara untuk menyahdayakan kedai untuk walaupun satu kejadian pelanggaran yang disengajakan atau sangat teruk.
  • Penyerahan notis tuntutan pelanggaran atau notis balas palsu atau dengan niat jahat boleh dihukum di sisi undang-undang. Mereka yang dirugikan oleh notis sedemikian, termasuk Shopify sendiri, boleh menyaman bagi mendapatkan ganti rugi dan bayaran peguam.

Borang dalam talian Shopify ialah cara yang paling cekap untuk menyerahkan notis dakwaan pelanggaran hak cipta. Semua notis mesti menyertakan maklumat berikut agar Shopify dapat mengambil tindakan:

  • Nama sah dan maklumat hubungan anda.
  • Pautan langsung ke kerja berhak cipta asal yang didakwa telah dilanggar. Jika anda tiada pautan langsung, anda boleh memberikan perihalan kerja anda.
  • Pautan langsung ke kandungan khusus di Shopify yang anda percaya melanggar hak cipta anda. Senarai setiap halaman individu yang mengandungi kandungan tersebut diperlukan. Pautan kedai umum tidak akan diterima.
  • Perihalan kandungan yang anda percaya melanggar hak cipta anda dan tempat kandungan tersebut muncul pada pautan, seperti imej, video, gif dan teks yang mana.
  • Pengesahan bahawa:
    • Anda mempunyai kepercayaan dengan niat baik bahawa penggunaan kandungan mengikut cara yang diadukan tidak dibenarkan oleh pemilik hak cipta, ejen mereka atau undang-undang.
    • Semua maklumat dalam notis adalah tepat.
  • Kenyataan, di bawah hukuman sumpah bohong, bahawa anda ialah pemilik hak cipta atau diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemilik.
  • Tandatangan fizikal atau elektronik anda.

Jika anda tidak dapat menggunakan borang dalam talian, anda boleh menghantar notis berserta maklumat yang diperlukan kepada ejen Shopify yang ditetapkan di:

Shopify Trust & Safety
Shopify Inc.
151 O'Connor Street
Ground floor
Ottawa, Ontario
K2P 2L8
Kanada
E-mel: legal@shopify.com

Saya menerima notis hak cipta untuk kandungan di laman kedai saya. Apakah tindakan seterusnya?

Jika Shopify menerima perkara yang dipercayai secara munasabah sebagai notis lengkap dan sah tentang dakwaan pelanggaran hak cipta mengenai kandungan pada kedai anda, anda akan mendapat pemberitahuan dalam pentadbir Shopify anda yang memberitahu anda kandungan khusus yang dilaporkan dan masa kandungan itu akan dialih keluar. Anda kemudiannya mempunyai dua pilihan:

  • Jika anda menyemak notis tersebut dan bersetuju anda tiada hak untuk menggunakan kandungan, tindakan lanjut tidak perlu diambil. Shopify akan mengalih keluar kandungan dan akan kekal luar talian melainkan anda menerima kelulusan daripada pemegang hak cipta.
  • Jika anda menyemak notis dan percaya kandungan dialih keluar disebabkan kesilapan atau salah cam, anda boleh memfailkan notis balas DMCA.

Cara memfailkan notis balas DMCA

Anda boleh menghantar notis balas kepada kami melalui borang di pentadbir Shopify anda. Notis balas anda perlu menyertakan semua maklumat berikut untuk dipertimbangkan:

  • Nama sah dan maklumat hubungan yang mencukupi untuk individu yang menyerahkan notis balas.
  • Pengecaman kandungan yang telah dialih keluar dan lokasi asal kandungan tersebut sebelum dialih keluar.
  • Kenyataan bahawa anda bersetuju dengan bidang kuasa Mahkamah Daerah Persekutuan bagi daerah kehakiman di mana alamat anda terletak atau, jika alamat anda terletak di luar Amerika Syarikat, anda bersetuju dengan bidang kuasa Mahkamah Daerah Persekutuan untuk Daerah Delaware.
  • Kenyataan bahawa anda akan menerima serahan proses daripada pihak yang menyerahkan notis hak cipta atau ejen mereka.
  • Kenyataan di bawah hukuman sumpah bohong bahawa anda mempunyai kepercayaan dengan niat baik bahawa kandungan itu dialih keluar disebabkan kesilapan atau salah cam.
  • Tandatangan fizikal atau elektronik anda.

Jika anda tidak dapat menggunakan borang dalam talian, anda boleh menghantar notis balas berserta maklumat yang diperlukan kepada ejen Shopify yang ditetapkan di:

Shopify Trust & Safety
Shopify Inc.
151 O'Connor Street
Ground floor
Ottawa, Ontario
K2P 2L8
Kanada
E-mel: legal@shopify.com

Tindakan selepas memfailkan notis balas DMCA

Apabila anda menyerahkan notis balas yang sah, kami akan mengalih keluar aduan daripada rekod akaun Shopify anda dan menghantar salinan notis balas anda kepada pihak yang menyerahkan notis hak cipta. Jika mereka mengambil tindakan undang-undang terhadap anda dan menghantar notis tentang tindakan tersebut kepada kami dalam masa 10–14 hari bekerja, kandungan mungkin kekal dialih keluar. Jika kami tidak menerima notis tindakan undang-undang dalam tempoh tersebut, kami akan memberitahu anda dan kandungan yang dipertikaikan mungkin disiarkan semula.